Permohonan & Semakan Bantuan Khas Covid 19 RM100 Sehari (NADMA)


Bantuan ini terbuka kepada mereka yang kehilangan sumber pendapatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Info Bantuan Rakyat Malaysia : http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Semakan Kelayakan Bantuan Khas

- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilngan sumber pendapatan atau tidak dibayar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 

- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi tidak layak telah kehilngan sumber pendapatan ekoran menerima rawatan kerana mengalami COVID-19

Senarai Yang Tidak Layak Menerima Bantuan


Anda dianggap tidak layak sekiranya anda berada di dalam kategori di bawah :

- Bukan warganegara Malaysia

- Tiada pekerjaan sebelum dikenakan PKP

- Menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan (warded) ekoran COVID-19


Jumlah Bayaran

Bantuan ini hanya akan diberikan secara one-off (sekali sahaja) dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 dantidak akan diberikan bagi kes berulang.

-  Kadar bayaran adalah sebanyak RM 100 sehari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau sepanjang tempoh warded

Tarikh Tutup Permohonan Bantuan Khas

- Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 31 Disember 2020. 


Cara Permohonan Bantuan Khas

Anda perlu memuat turun dokumen di bawah sebelum menghantar permohonan melalui perkhidmatan pos. 


Muat Turun Borang Bantuan Khas :





Hantar Permohonan Melalui Perkhidmatan Pos

Permohonan yang telah lengkap perlu dipos ke alamat seperti di bawah :👇

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri

Aras 7, Blok D5, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya (u.p : Sekretariat KWABBN)


Senarai Dokumen Sokongan

Pemohon juga perlu mengemukakan beberapa dokumen sokongan seperti berikut :

- Borang Permohonan Bantuan Khas COVID 19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)

- Salinan Kad Pengenalan. (Salinan Diakui Sah)

- Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah)

- Borang Akuan Kehilngan Pendapatan Seperti Di Lampiran B. (Dokumen Asal)

- Salinan penyata bank (Salinan Diakui Sah)

- Bagi pemohon yang tiada akaun bank, anda perlu memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun waris seperti di Lampiran C serta kad pengenalan waris yang diakui sah.


Dokumen Sokongan KKM Di Bawah Perintah Pengawasan/ Pemerhatian

Untuk dokumen sokongan KKM, bagi pemohon yang di bawah perintah pengawasan / pemerhatian, sila sediakan dokumen berikut :

- Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 yang telah disahkan KKM. 

- Salinan borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19. 

- Bagi pemohon warded akibat COVID-19, anda perlu menyediakan Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat COVID-19. 


Semakan Permohonan Bantuan Khas  Covid-19 

Untuk Semakan :👇

Untuk membuat semakan permohonan layari portal Semakan Bantuan Khas Covid 19. 

Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan diri dan tekan butang HANTAR.


Semoga informasi di atas mampu memudahkan anda untuk membuat permohonan bantuan NADMA RM 100. Terima kasih. 

Info Bantuan Rakyat Malaysia : http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Catat Komen

0 Ulasan