Kerabu Telur | Thai Style


Resepi : Kerabu Telur Goreng
Rasa pedas-pedas masam bila makan dengan nasi panas. Fuhh, Kecur.
Buku Resepi : https://seminitresepi.my
Muzik : https://hooksounds.com


==Bahan-bahan==
5 biji telur
1/2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
5 tbsp sos ikan
2 tbsp air limau nipis
1/2 biji tomato
1 tbsp gula
6 tangkai cili padi
Daun ketumbar
Lobak merah


==Cara-cara==
1. Goreng kesemua telur dengan minyak panas. Ketepikan.

2. Racik halus kesemua bahan yang ada dan satukan ke dalam mangkuk besar.

3. Potong telur ikut suka. Gaul kan telur dan bahan tadi.

4. Perasakan dan sedia dihidang.

Selamat mencuba!

Catat Komen

0 Ulasan