Klasifikasi Pengkelasan Pendapatan B40, M40 & T20 Di Malaysia


Tahukah anda apa perbezaan antara golongan B40, M40 dan T20?

Banyak bantuan kerajaan disalurkan mengikut pengkelasan pendapatan sama ada anda golongan B40 atau M40.

Contohnya BPR 2021 di mana B40 akan menerima bantuan sehingga RM1,800 manakala M40 hanya maksimum RM1,200.

Buat masa ini, jarang sekali bantuan disalurkan untuk golongan T20 memandangkan mereka adalah golongan yang berpendapatan tinggi di Malaysia.

Maksud Kumpulan B40, M40, T20

Secara ringkasnya, B40, M40 dan T20 dapat dibahagikan mengikut pendapatan isi rumah bulanan berikut:

- Terendah 40% atau bottom 40% (B40)
- Kumpulan pertengahan 40% atau middle 40% (M40)
- Kumpulan tertinggi 20% atau top 20% (T20)

Jabatan Perangkan Negara atau Department of Statistics, Malaysia (DOSM) mentakrifkan golongan B40 merupakan isi rumah berpendapatan di bawah RM4,850.

Manakala M40 adalah isi rumah berpendapatan di antara RM4,850 – RM10,959.

Kumpulan isi rumah T20 pula adalah berpendapatan melebihi RM10,960.

Berikut adalah pengkelasan baharu isi rumah dari DOSM:
Sumber Pendapatan Rakyat Malaysia

Bilangan isi rumah rakyat Malaysia pada tahun 2016 adalah seramai 6.9 juta orang manakala angka ini bertambah menjadi 7.3 juta pada tahun 2019.

Purata penerima pendapatan adalah seramai 1.8 orang bagi tahun 2016 dan 2019.

Maksudnya dari jumlah 54% isi rumah mempunyai > 1 orang penerima pendapatan.

Punca utama pendapatan rakyat Malaysia adalah dari pekerjaan bergaji diikuti bekerja sendiri, harta dan pelaburan, dan pindahan semasa.

Pendapatan Mengikut Negeri

Berikut adalah pecahan pendapatan mengikut negeri:
Petaling, Sepang dan Gombak berada pada kedudukan tiga daerah tertinggi pada kedua-dua pendapatan penengah dan purata.

Perbezaan pendapatan penengah dan purata bagi daerah terendah dan daerah kedua terendah masing-masing menghampiri RM200 dan RM250.

Catat Komen

0 Ulasan