Dalam kejadian jam 7 malam itu, Pasukan PPM yang menjalankan tugas di lokasi tersebut mengesan empat lelaki sedang memunggah barang daripada tiga bot laju ke dalam sebuah rumah tidak bernombor.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, DSP Mohammad Ismail berkata suspek yang menyedari kehadiran pihak berkuasa bertindak melarikan diri, namun salah seorang daripada mereka berjaya ditahan.
"Pemeriksaan ke atas bot-bot tersebut menemui 21 jerikin berisi minyak petrol, 24 jerikin kosong dan tiga kotok berwarna coklat disyaki mengandungi barang-barang perubatan haiwan tanpa lesen.
"Manakala pemeriksaan ke atas rumah tersebut yang dipercayai tempat memunggah dan menyimpan barang pula turut menemui barang-barang perubatan haiwan tanpa lesen di dalam sebuah kotak,"katanya dalam kenyataan media, di sini.
Menurutnya, kesemua barang rampasan termasuk tiga bot berserta enjin, 525 liter minyak petrol dan barang-barang perubatan haiwan dianggarkan bernilai RM83,386.75.
"Suspek dan barang rampasan dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Semporna sebelum diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jabatan Veterinar Semporna untuk tindakan selanjutnya.
"Kesalahan itu juga akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Veterinar 1974,"katanya.
Beliau berkata, PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.
"Orang awam boleh menyalurkan maklumat secara terus ke talian 24 jam atau menggunkan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0132831197,"katanya.
Sumber : Uttusan Borneo
0 Ulasan
Terima kasih