Resepi Popiah Sambal


Resepi : Popiah Sambal
Setelah berzaman, Cik Ain belajar jugak macam mana nak buat popiah basah ni. hehehe

==Resepi popiah basah==
Bahan kulit:

2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji putih telur
2 tbsp cuka
Sedikit garam

Bahan sambal :

1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 tsp udang kering
3 tbsp cili giling
Gula melaka
Garam
1 tbsp kicap manis

Bahan sayuran :
Sengkuang
Lobak merah
Timun
Tauhu
Kacang hancur
Daun sup

Cara-cara :
1. Satukan kesemua bahan untuk untuk buat kulit. Uli selama 15 minit atau sehingga elastik. 
2. Kisar halus bawang dan udang kering bersama dengan sedikit minyak masak.
3. Tumis bahan kisar dan juga cili giling sehingga pecah minyak.
4. Masukkan kicap manis. Perasakan dengan gula melaka dan juga garam. Ketepikan
5. Hiris halus sayuran (rujuk video)
6. Sekarang, tiba masa untuk masak kulit popiah. Ambil sedikit adunan, lumurkan atas non stick pan, pastikan api kecil sahaja.
7. Apabila tepi sudah kering, boleh angkat. Ulang sehingga selesai.
Sila rujuk video cara melipat popiah. Sedia dihidang dengan taburan kacang tumbuk dan daun sup. Selamat mencuba!

Catat Komen

0 Ulasan