Roti Titab | Roti debab


Resepi : Roti Titab | Roti debab
Masa mula-mula jumpa ni, macam seram nak cuba. Gabungan telur dengan kaya?? Like seriuosly? Tp bila dah cuba, terus jatuh hati. Terus pergi buat. hahahah ^_^ Ni Cik Ain share macam mana nak buat roti dia sekali. 

==Resepi roti titab==

Bahan roti:
290 gram tepung roti
160 ml air susu segar
1 paket yis kering
1 tspn bread improver
1 biji telur
30 gram margerin
Secubit garam

Bahan lain:
Telur
Kaya


==Cara-cara==
1. Campurkan yis kering dan juga susu suam. Biarkan 5-10 minit.

2. Dalam bowl bersih, satukan kesemua bahan lain kecuali telur. Ramas-ramas kan sehingga sebati.

3. Masukkan pula adunan yis dan telur tadi. Uli selama 10 minit jika menggunakan mixer, uli 20 minit jika menggunakan tangan.

4. Perap adunan selama 15 minit, dan uli kembali selama 5 minit. Perapkan kembali adunan.

5. Setelah itu, masukkan adunan roti ke dalam loyang. Sapukan kuning telur atau susu segar.

6. Perap 15 minit dan bakar suhu 150 selama 20 minit.

7. Sementara itu, panaskan air di dalam periuk sehingga menggelegak, kemudian padam kan api. Masukkan telur dan biar selama 4 minit. 
Keluarkan telur dan ketepikan.

8. Apabila roti sudah masak, potong roti sedikit tebal dan bakar. Pecah kan telur rebus tadi dan letakkan kaya. Roti titab sedia dihidang.

Selamat mencuba!

Catat Komen

0 Ulasan