Sambal Telur Pecah | Senang, Cepat dan Sedap


Resepi : Sambal Telur Pecah
Ni bila malas-malas nak masak, boleh lah masak lauk ni. Makan dengan nasi panas, cukup dah. ^_^
Buku Resepi : https://seminitresepi.my
Muzik : https://hooksounds.com

==Resepi sambal telur pecah==

Bahan-bahan:
1 biji bawang holland
1 cawan cili kering
Garam
Gula
2 tbsp Sos cili
Air
6 biji telur
1 helai daun pandan


==Cara-cara==
1. Kisar halus bawang dan juga cili kering. Tumis sehingga baik bau.

2. Kemudian masukkan daun pandan. Ini akan menyebabkan sambal kita wangi dan bertambah sedap.

3. Tumis sambal hingga pecah minyak. Masukkan sos cili dan sedikit air.

4. Perasakan dengan garam dan gula. Kemudian pecahkan telur satu per satu.

5. Biarkan telur masak. Sambal telur pecah sedia dihidang. 

Catat Komen

0 Ulasan