Toasted Bread | Korean Street Food


Resepi: Toasted Bread | Korean Street Food
Masa Cik Ain pergi korea haritu, ada lah nampak orang jual roti ni. Tapi di sebabkan tak halal, makanya balik Malaysia Cik Ain pun cuba lah. 
Buku Resepi : https://seminitresepi.my
Muzik : https://hooksounds.com


==Resepi Toasted Korean Street Food==


Bahan-bahan:
Kubis
Lobak merah
Daun bawang
Telur
Lada hitam
Lada sulah
Roti
Marjerin
Gula
Sos cili


==Cara-Cara==
1. Hiris halus kubis dan juga lobak merah. Potong daun bawang 1 inci panjang. Satukan kesemua bahan.

2. Dalam jug bersih, ambil sedikit sayuran tadi, dan pecahkan sebiji telur. 

3. Perasakan dengan lada hitam dan lada sulah. Kacau rata sambil menghancurkan sedikit sayuran tadi.

4. Panas kan pan dengan sedikit marjerin, masak adunan sayuran tadi seperti 'pan-cake'

5. Pastikan api tidak terlalu panas.

6. Apabila pan cake sudah masak, ketepikan. Bakar 2 keping roti dengan sedikit marjerin.

7. Lapiskan roti dengan pancake tadi, dan letakkan sedikit gula bersama sos cili.

Catat Komen

0 Ulasan