SKIM PERUMAHAN BELIA : BSN MYHOME-I | SYARAT, KELEBIHAN, DAN CARA PERMOHONAN


Semua orang mestilah nak merasa beli rumah sendiri kan, tapi bila pendapatan agak rendah mesti susah nak dapatkan pinjaman perumahan.

Bayangkan betapa kecewanya bila dah hantar permohonan, lepas tu kena tolak dengan bank. Aduh, rasa macam apa lagi nak buat supaya dapat beli rumah ni?

Kalau anda nak tahu, disebabkan tu jugalah Skim Perumahan Belia BSN ni tercipta.

Info Bantuan Rakyat Malaysia : http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Ia adalah skim istimewa yang boleh dimohon oleh mereka yang baru berkahwin dan ingin membeli rumah pada harga RM500,000 dan ke bawah.

Sekarang, golongan belia dah tak perlu pening-pening lagi kerana skim ni mungkin akan dapat membantu anda memiliki rumah yang sentiasa diidamkan itu.

Ada Apa Dengan Skim Perumahan Belia? 

SPB sebenarnya dah lama diperkenalkan, sejak tahun 2018 lagi, cuma ia tak digembar-gemburkan sangat, jadi ramai juga yang masih tak tahu pasal skim ni.

Bantuan ni adalah salah satu cara untuk membantu mereka yang tak berkemampuan untuk membiaya hartanah yang hendak dibeli, tak kiralah rumah yang dah siap, rumah subsale, atau yang tengah dalam pembinaan.

Buat masa ni, kerajaan dah merancang untuk melanjutkan Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional dari 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021.

Ini akan memberikan masa yang lebih panjang kepada mereka yang layak untuk memohon bantuan supaya dapat memiliki rumah pertama.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membuat pengumuman bahawa Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional menawarkan jaminan pinjaman 10% melalui Cagamas.

Ia boleh digunakan untuk membayar 10% deposit rumah (ataupun 'downpayment') yang hendak dibeli. Ni bermakna anda boleh mendapatkan pinjaman perumahan penuh tanpa perlu mengeluarkan duit sendiri pun.

Sangat beruntung lah sebab banyak juga 10% tu. Kalau beli rumah harga RM450,000, duit deposit dah RM45,000. Banyak kan nak bayar sekaligus?

Satu lagi yang menarik pasal skim ni ialah kalau anda membeli rumah pada harga RM300,000 dan ke bawah, anda layak untuk mendapatkan 100% pengecualian duti setem untuk surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan

Selain tu, kemudahan pembiayaan perumahan SPB BSN akan memberi dana subsidi sebanyak RM200 sebulan selama 2 tahun untuk mereka yang layak.


Maknanya, kalau anda membeli rumah yang kena bayar RM1,000 sebulan, bila dah tolak subsidi, anda hanya perlu bayar RM800/bulan je untuk 2 tahun yang pertama dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju/penjual.

Tapi, sangat penting untuk semua tahu yang skim ni terhad kepada 20,000 unit rumah sahaja, dan ia berkonsepkan ‘siapa cepat, dia dapat’ (kira macam Skim MyDeposit la).

Jadi, lepas baca artikel ni, boleh terus cepat-cepat pergi hantar permohonan pada BSN okay!

Apakah Kelebihan Skim Perumahan Belia? 

Selain daripada yang dinyatakan di atas, antara ciri-ciri menarik lain tentang skim BSN MyHome ini adalah:

  • Pengecualian duti setem sebanyak 50% ke atas dokumen pembiayaan.
  • Pinjaman perumahan adalah dikira berdasarkan kadar boleh ubah, dan anda menawarkan rumah anda sebagai cagaran untuk pinjaman ini.
  • Skim ini hanya untuk hartanah yang berharga dari RM100,000 sehingga maksimum RM500,000 (sama seperti skim MyDeposit 2018).
  • Tempoh pinjaman dari 5 tahun sehingga 35 tahun maksimum (tertakluk kepada had umur tak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pinjaman).

Apakah Kekurangan Skim Perumahan Belia? 

Macam semua benda kat luar sana: Bila ada kelebihan, mesti ada la juga kekurangannya. Tapi, tak ada yang buruk pun pasal skim belia ni!

Cumanya... anda harus tahu yang kadar faedah untuk skim ni agak tinggi sikit berbanding pinjaman perumahan yang biasa boleh dapat.

Kadar faedah ni adalah seperti yang dah ditetapkan di portal rasmi BSN:

  • Antara kadar asas +0.60% hingga kadar asas +3.00%, bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pembeli.
  • Bagi amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun serta tanpa tempoh lock-in, kadar faedah indikatif adalah BR +0.80%*.
  • Kadar asas BSN semasa adalah 4.10% (berkuatkuasa mulai 7 Februari 2018).
  • Yuran guaman perlu dibayar sendiri oleh pembeli dan anda boleh membuat pengeluaran KWSP untuk membayar ansuran.

Selain tu, beberapa perkara lagi yang perlu anda tahu ialah:

  • Rumah yang dibeli dengan SPB BSN tak boleh dijual atau dipindah milik kepada orang lain selama 5 tahun dari tarikh pembelian.
  • Anda perlu membayar duti setem bagi rumah bernilai lebih RM300,00
  • Anda perlu membayar yuran pengeluaran (disbursement fee), yuran penilaian harta, dan yuran yang berkaitan dengan dokumen sekuriti.

Jadi, sangat penting untuk anda mempunyai simpanan sendiri walaupun ingin memohon bantuan daripada kerajaan.


SYARAT KELAYAKAN
PERMOHONAN :

Bagi yang berminat untuk memohon Skim Perumahan Belia BSN 2020, sila semak dahulu jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Belia yang sudah berkahwin
  • Berumur 25-40 tahun
  • Pendapatan isi rumah tak melebihi RM10,000
  • Pembeli rumah pertama sahaja
  • Wajib ada akaun BSN Giro/Giro-i untuk membayar ansuran bulan melalui akaun BSN

Cara Memohon Skim Perumahan Belia :

Terdapat dua cara memohon skim ni bagi mereka yang layak. Boleh gunakan cara manual atau online:

  1. Muat turun borang 👉 : MyHome, atau
  2. Untuk manual – muat turun borang yang perlu di isi.
  3. Untuk online – sila layari laman web rasmi BSN.

Permohonan juga perlu dilengkapkan dengan beberapa dokumen seperti:

  • Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
  • Surat Perjanjian Jual Beli/resit deposit/proforma pesanan pembelian
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
  • Salinan penyata KWSP
  • Surat pengesahan berkerja daripada majikan
  • Borang EA/EC

Jika bekerja sendiri, anda perlukan dokuman tersebut:

  • Borang B/BE dan resit LHDN
  • Surat pendaftaran syarikat (SSM)
  • Salinan surat penyata bank 6 bulan terkini
  • Dokumen-dokumen lain (jika berkenan atau perlu)

Selepas semua dokuman disediakan dan borang telah diisi dengan lengkap, anda bolehlah pergi ke mana-mana cawangan BSN untuk memohon!

Jika anda adalah antara golongan belia yang sukar untuk mendapatkan rumah, atau mungkin tersepit kerana tak dapat memohon pinjaman perumahan, skim perumahan ni mungkin boleh membantu anda.

Rebutlah peluang ni dengan menghantar permohonan SPB BSN secepat mungkin, dan anda mungkin dapat memiliki rumah pertama sendiri bersama pasangan anda!

Info Bantuan Rakyat Malaysia : http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

TAG