Tarikh Rasmi Bayaran BPN 2.0 Fasa 2 Mula 21 Januari 2021 & Cara Semak Status


PUTRAJAYA: Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan dilaksanakan bermula 21 Januari ini.

Fasa kedua BPN 2.0 akan diberikan kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada serta 460,000 penerima baharu dengan jumlah bayaran keseluruhan RM2.38 bilion.

Tarikh rasmi bayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua ( BPN 2.0 Fasa 2) akan dibuat pada Januari 2021, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bayaran BPN fasa kedua ini dipercepatkan disebabkan pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Semakan kelulusan, katanya boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di https://bpn.hasil.gov.my.

"Bagi penerima kategori B40, bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank bermula 21 Januari ini makala kategori M40 pula bermula 25 Januari 2021.

"Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran akan dibuat mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.

"Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula, pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, BPN 2.0 adalah sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA Prihatin) bernilai RM10 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September 2020.

Beliau berkata, BPN 2.0 disalurkan melalui dua fasa pembayaran, iaitu pada Oktober 2020 dan Januari 2021.

"Secara keseluruhannya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 juta penerima terdairi daripada 5.82 juta individu bujang dan 5.24 juta penerima isi rumah dengan jumlah bayaran serta peruntukan keseluruhan sebanyak RM7.18 bilion," katanya.- bharian



Cara Semakan BPN 2.0 Fasa Kedua

Semakan kelulusan BPN 2.0 bagi yang membuat rayuan boleh dibuat di portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional.

Sila ikuti langkah beirkut untuk membuat semakan:

1. Layari laman web BPN di https://bpn.hasil.gov.my/.
2. Masukkan nombor IC anda
3. Isi kod captcha yang diminta
4. Maklumat pembayaran BPN 2.0 akan dipaparkan

Jumlah Bayaran BPN 2.0

Untuk Makluman Bantuan Prihatin 2.0 ini, kerajaan akan memberikan RM 300-RM 1,000 kepada penerima yang layak seperti berikut:

Kumpulan B40 (21/1/2021)

- Isi Rumah RM 1000
- Bujang RM 500

Kumpulan M40 (25/1/2021)

- Isi Rumah RM 600
- Bujang RM 300

Bayaran BPN 2.0 fasa kedua berjumlah RM 2.2 bilion dan akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada hujung Oktober dan keduanya, pada Januari 2021.



Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama pada Oktober sebanyak RM700 dan keduanya, (baki) RM300 pada 21 Januari 2021.

Bayaran BPN 2.0 fasa kedua berjumlah RM 2.2 bilion.

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut tentang semakan BPN, sila hubungi Hotline Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDNM di talian berikut:

- Kementerian Kewangan Malaysia
• 03-8882 9089/03-8882 9087/ 03-88829191/03-8882 4565/03-8882 4566
- LHDNM
• 1-800 882 747/ 03-8911 1000


Catat Komen

1 Ulasan

Terima kasih