BANTUAN PRIHATIN COVID-19 2.0
Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan Bantuan Prihatin COVID-19 2.0 kepada penduduk rakyat Sabah yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM128.98 juta yang akan diagihkan seperti berikut:

Telegram rasmi info Sabah : http://t.me/InfoAwamSabah

1. Peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM97.4 juta bagi bantuan ‘One-Off’ RM300.00 seorang untuk seramai 324,661 orang terdiri daripada golongan 👇

- E-kasih, 
- B40
- Anak yatim, 
- Orang tua, 
- Orang kurang upaya, 
- Ibu tunggal, 
- Petani, 
- Nelayan, 
- Pekebun kecil, 
- Penternak, 
- Pemandu pelancong, 
- Malim gunung, 
- Porters, 
- Penggiat seni, 
- Pemandu teksi, 
- Pemandu bas, 
- Pemandu lori
- Penjaja

2. Peruntukan NADMA berjumlah RM31.58 juta bagi perbelanjaan bakul makanan kepada penduduk Sabah yang terkesan akibat arahan perintah kuarantin di rumah dan lokaliti yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Telegram rasmi info Sabah : http://t.me/InfoAwamSabah