Cara Download Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah KPM


Cara Download Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah KPM

Telegram Pendidikan 2021 :
t.me/CikguOnlineTV

Setelah diumumkan bahawa anak-anak akan memulakan semester baharu pada 20 Januari 2021, ibu ayah ada yang risau tambahan pula sesetengah kawasan ditetapkan untuk mengadakan pembelajaran online dari rumah oleh kerana risiko kes yang semakin meningkat.

Untuk mengelakkan anak-anak kita ketinggalan, ibu ayah boleh memanfaatkan buku teks digital dalam tempoh PKP nanti.

Ianya percuma dan semua subjek ada! Jadi, senanglah kalau ibu ayah nak ajar anak di rumah dan rujuk silibus mereka untuk tahun ni walaupun ada yang tak boleh nak ke sekolah untuk ambil buku teks.

Di sini kami kongsikan beberapa cara download buku teks digital oleh KPM secara online.

Cara Download Buku Teks Digital KPM (Semua Subjek Sekolah Rendah & Menengah)

Cara 1: Melalui eTextbookKPM

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Perbadanan Kota Buku (PKB) membangunkan aplikasi ‘KPM eTextbook Reader’ bagi memudahkan murid mendapatkan buku teks sekolah secara digital.

KPM eTextbook Reader membantu murid memuat turun buku teks digital melalui penyediaan piawaian fail EPUB iaitu format fail standard terbuka untuk buku digital yang lebih ringan dan serasi dengan peranti mudah alih.

Aplikasi ini boleh didapati secara percuma melalui laman web www.textbook.moe.gov.my atau dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store dengan carian KPM eTextbook Reader.

CARA 2Melalui Laman Web DELIMa KPM

DELIMa adalah laman web rasmi yang dioperasikan oleh KPM.

Ibu ayah boleh mendapatkan Buku Teks Digital Asas (BTDA) melalui laman web ini.

Apakah DELIMa?

DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.

DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga murid untuk belajar secara dalam talian.

Sepertimana MOE Digital Learning (Google Classroom), DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak asas bagi platform ini. Oleh itu, guru dan murid boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan sebelum ini.

Contoh: m-12345678@moe-dl.edu.my


Langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke laman web www.moe-dl.edu.my
  2. Sila login menggunakan akaun Google yang dibekalkan oleh sekolah. (Contoh: m-12345678@moe-dl.edu.my)
  3. Klik pada Ikon MURID
  4. Klik Buku Teks Digital
  5. Pilih Subjek Buku Teks yang kita nak.
  6. Boleh preview atau download sebagai fail PDF.

Lihat panduan bergambar di bawah:

Nanti akan keluar paparan begini.

Tekan pada ikon BUKU TEKS DIGITAL.


Nanti anda akan lihat paparan begini di skrin.

Bolehlah kita buat pilihan buku teks yang mana untuk kita download.


Ini contoh Buku Teks Digital Asas untuk Tahun 3.

Double click pada pilihan buku teks yang kita nak dalam senarai tu.

OK contohnya saya double click pada buku Matematik Tahun 3.

Akan keluar paparan ini.

Nanti bolehlah kita terus baca buku teks tu di skrin komputer / laptop atau handphone.


Baca juga: BANTUAN BELI BARANG SEKOLAH UNTUK KELUARGA ASNAF RM250-RM400

Untuk mengelakkan anak-anak kita ketinggalan, ibu ayah boleh memanfaatkan buku teks digital dalam tempoh PKP nanti.

Ianya percuma dan semua subjek ada! Jadi, senanglah kalau ibu ayah nak ajar anak di rumah dan rujuk silibus mereka untuk tahun ni walaupun ada yang tak boleh nak ke sekolah untuk ambil buku teks.

Di sini kami kongsikan perkongsian cara download buku teks digital oleh Cikgu Aida Earnani Aziz.

Cara Download Buku Teks Digital KPM (Semua Subjek Sekolah Rendah & Menengah)

Anak-anak tak ada buku teks?

Ibu bapa mesti risau pasal ni kan. Sama la seperti saya.

Soalan sama saya ajukan pada suami pagi tadi. Kebanyakan sekolah tetapkan untuk pulang buku teks lama dan ambil buku teks baru bila naik sekolah 20hb nanti.

Tapi semalam nampaknya ada perubahan pada sesi pembelajaran anak-anak. Ada yang tak dapat bersemuka dengan guru (tak ke sekolah).

Malah, negeri-negeri di negara kita dah terbahagi kepada 3 kumpulan, PKP, PKPB dan PKPP. Tenang ya ibu bapa

Di sini saya sertakan link untuk ibu-ibu dapatkan buku teks tersebut.

Cara Download Buku Teks Sekolah Menengah Tingkatan 1-5

Untuk sekolah menengah, lebih mudah, ada link telegram. Ibu atau bapa hanya perlu klik channel telegram dan join untuk muat turun buku teks tersebut.

Berikut adalah link channel buku teks setiap tingkatan : 👇

Tingkatan 1 –https://t.me/CikguOnlineTV/160

Tingkatan 2 –https://t.me/CikguOnlineTV/187

Tingkatan 3 –https://t.me/CikguOnlineTV/211

Tingkatan 4 –https://t.me/CikguOnlineTV/236

Tingkatan 5 –https://t.me/CikguOnlineTV/293


Contoh apabila anda sertai channel tersebut ada pada Gambar 1 di bawah


Cara Download Buku Teks Sekolah Rendah Tahun 1-6

Untuk sekolah rendah, boleh klik link ini👇

https://t.me/CikguOnlineTV/324


Info Bantuan Rakyat Malaysia : t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Sumber : harianpost

Telegram Pendidikan 2021 :
t.me/CikguOnlineTV

Catat Komen

0 Ulasan