Bantuan Prihatin Rakyat yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan walaupun berganti kerajaan yang baru, namun bantuan ini tetap diberikan kepada golongan rakyat yang memerlukan terutama dalam keadaan pendemik Covid-19.

Apakah Itu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)?

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR merupakan insentif yang kerajaan akan berikan menerusi belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pada 6 November lalu, ianya merupakan pergantian kepada bantuan sedia ada iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH), sekiranya belanjawan ini diluluskan, maka insentif baru ini akan dilaksanakan bagi BSH digantikanya.

Info Bantuan Rakyat Malaysia : t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia


Jumlah Pembayaran BPR


Cara Permohonan BPR 2021

Pendaftaran permohonan BPR online 2021 bermula pada 15 Januari 2021 hingga 25 Februari 2021 (tertakluk kepada perubahan).Untuk makluman yang permohonan BPR 2021 boleh dibuat  melalui kaedah-kaedah berikut:

Permohonan Secara Dalam Talian

  1. Portal Rasmi semak BPR 2021 -> https://bpr.hasil.gov.my/ atau LHDNM (macam biasa tunggu waktu lapang skit kalau nak buka, sekarang jem)
  2. Aplikasi Semakan Bantuan Prihatin Rakyat dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit (yang ni bahaya sedikit, kena cari apps yang betul-betul gov punya).

Permohonan Melalui Borang

Borang Permohonan boleh didapati secara percuma (Klik Sini)
1. Portal Rasmi BPR LHDNM
2. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Untuk yang guna borang anda boleh menghantar Borang BPR 2021 di kaunter-kaunter berikut:

a. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
b. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
c. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
d. Pejabat Daerah / Pejabat Residen
e. Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:

Peti Surat BPR
GPO Shah Alam
40800 Selangor

* Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

Pembayaran BPR Fasa 1

Untuk pembayaran BPR Fasa Pertama, tarikh pembayaran adalah pada penghujung Februari 2021. Bayaran akan diagihkan secara berperingkat.

Syarat Kelayakan BPR Online 

Bagi tahun 2021, Kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup atau BSH kepada Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik seperti berikut:

Kategori Kelayakan Permohonan BPR 2021

Isi Rumah
1. Kahwin; atau
2. Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
3. Bujang [termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU)] berumur 60 tahun dan ke atas

Bujang
1. Bujang atau Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
2. Had umur:
– 21 tahun hingga 59 tahun; atau
– 18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU

Kriteria Kelayakan Permohonan BPR 2021

Isi Rumah
1. Pemohon
– Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
– Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

2. Pasangan
– Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
– Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)

3. Anak (jika mempunyai anak)
– Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
– Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
– Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
– Had umur:
a. 17 tahun dan ke bawah; atau
b. 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta

Bujang
1. Pemohon
– Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
– Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
– Lelaki atau wanita yang berumur:
a. 21 tahun hingga 59 tahun; atau
b. 18 tahun sehingga 59 tahun bagi ketegori OKU

 

Perbezaan BSH dan BPR Malaysia

Berikut ialah rajah yang menunjukkan perbezaan di antara BSH dan BPR dan juga jenis pendapatan dan jumlah bantuan yang layak diperolehi :


Maklumat Lanjut
  • Hotline BPR LHDNM: 1-800-88-2747
  • Hotline BPR MoF: 03-8882 4565/03-8882 4566
  • E-mel: bpr@treasury.gov.my

*Sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Bantuan Prihatin Rakyat di bawah untuk maklumat lanjut.

1. Siapakah yang perlu membuat Permohonan BPR 2021?

Pemohon yang perlu membuat Permohonan BPR 2021 adalah seperti
berikut:
i. Pemohon yang tidak menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta
pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
ii. Pemohon dari golongan Orang Asli yang tidak berdaftar dengan
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pendaftaran secara
automatik akan dibuat berdasarkan data dari JAKOA.
iii. Pemohon Orang Kurang Upaya yang tidak tersenarai sebagai
penerima e-bantuan JKM

NOTA: Bagi penerima e-bantuan JKM, pendaftaran akan dibuat
secara automatik berdasarkan data di JKM

2. Saya adalah penerima bayaran BSH 2020 dan BPN 2.0 sebelum ini.
Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan BPR 2021
sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat?

Sekiranya semakan permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan
tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas
kini maklumat BPR 2021. Walau bagaimanapun sekiranya semakan
permohonan di Portal Rasmi BPR 2021 tidak wujud, anda perlu
membuat permohonan baharu.

3. Sekiranya saya tidak mengemaskini permohonan BPR 2021
sepanjang tempoh permohonan dibuka, adakah saya layak BPR
2021?

Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan di portal BPR
2021 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu
berdasarkan data BSH 2020 atau BPN 2.0 dan kelayakan BPR 2021
adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan.

4. Saya telah diluluskan BSH 2020 dan BPN 2.0 dengan status Ibu
Bapa Tunggal dan mempunyai seorang anak. Adakah saya perlu
untuk kemas kini maklumat anak berkenaan dan kemukakan
dokumen sokongan?

Sekiranya permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada
perubahan maklumat anak yang didaftarkan semasa BSH 2020 dan
BPN 2.0, anda tidak perlu kemas kini permohonan. Ini kerana
pemprosesan bagi penentuan kelayakan anak akan dibuat melalui
sistem.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai tambahan anak yang
lain, kemaskini dan serahan dokumen sokongan anak yang baharu perlu
dibuat.

5. Semasa permohonan BSH 2020 dan BPN 2.0 sebelum ini, saya telah
kemukakan semua dokumen sokongan yang diperlukan. Adakah
saya perlu kemukakan semula semasa permohonan BPR 2021?

Sekiranya permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada
perubahan maklumat, dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan
semasa BPR 2021.

6. Adakah semua penerima e-bantuan JKM tidak perlu mendaftar BPR
2021?

Penerima e-bantuan yang berdaftar dengan e-bantuan JKM sebelum
atau pada bulan November 2020 tidak perlu mendaftar bagi
permohonan BPR 2021. Perincian penerima e-bantuan yang terlibat
adalah seperti berikut:
i. Elaun Pekerja Cacat
ii. Bantuan Penjagaan OKU
iii. Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
iv. Bantuan Orang Tua

7. Saya adalah OKU yang berdaftar dengan JKM tetapi bukan
penerima e-bantuan. Adakah saya perlu membuat permohonan
BPR 2021?

Ya. Anda perlu membuat permohonan BPR 2021 kerana tidak tergolong
sebagai Penerima e-bantuan.

8. Bolehkah saya membuat salinan Borang Permohonan BPR 2021
bagi pengisian borang dan adakah terdapat apa-apa caj yang
dikenakan semasa pengisian Borang BPR 2021?

Ya. Anda boleh membuat salinan Borang BPR 2021 dan tiada apa-apa
caj yang dikenakan semasa pengisian Borang BPR 2021

9. Permohonan secara dalam talian memerlukan saya mengisi
maklumat akaun bank. Jika saya tidak mempunyai maklumat akaun
bank, bagaimanakah saya perlu menghantar Permohonan BPR
2021?

Anda boleh menghantar permohonan BPR 2021 dengan
mengemukakan Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) ke Cawangan
LHDNM berhampiran.

10. Permohonan secara dalam talian memerlukan saya mengisi
maklumat alamat e-mel.
Apakah kegunaan alamat e-mel berkenaan?

Anda perlu mendaftarkan alamat e-mel yang sah semasa permohonan
BPR 2021 kerana alamat e-mel berkenaan akan digunakan untuk situasi
berikut:
i. Set semula akaun BPR disebabkan terlupa soalan keselamatan
semasa log masuk
ii. Penyampaian makluman BPR 2021

11. Saya telah menghantar permohonan BPR 2021 secara dalam talian.
Walau bagaimanapun terdapat mesej peringatan yang
memaklumkan supaya memuatnaik dokumen sokongan atau
menghantar ke cawangan LHDNM.
Bagaimanakah cara untuk saya
kemukakan dokumen sokongan berkenaan ke cawangan LHDNM?

Anda digalakkan untuk memuatnaik dokumen sokongan yang diperlukan
ke Portal Rasmi BPR semasa permohonan.

Sekiranya anda ingin menghantar ke Cawangan LHDNM, anda perlu
mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan dengan mengisi
Borang Serahan Dokumen Sokongan BPR 2021 (BK-04) yang diperolehi
di Cawangan LHDNM atau dimuat turun dari Portal Rasmi BPR.

Pastikan anda mendapat keratan Akuan Penerimaan Penyerahan
dokumen berkenaan sebagai rekod penyerahan. Penghantaran secara
faks dan e-mel adalah tidak diterima.

12. Saya telah menghantar permohonan BPR 2021. Sekiranya ada
perubahan maklumat, adakah saya masih boleh membuat kemas
kini permohonan?

Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan
BPR 2021.

13. Saya telah menghantar Borang Permohonan BPR 2021 ke
cawangan LHDNM. Adakah saya boleh mengemas kini semula
permohonan secara dalam talian?

Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya
Permohonan Baharu / Kemas Kini yang dihantar ke cawangan / PKH /
UTC LHDNM tersebut telah diproses oleh LHDNM.
Oleh itu, sebarang kemas kini permohonan BPR selanjutnya perlu
dikemukakan ke cawangan / PKH / UTC LHDNM dengan mengisi
Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) semula.

14. Borang Permohonan BPR 2021 mengandungi 2 maklumat akaun
bank yang perlu diisi iaitu pada Bahagian Pemohon dan Bahagian
Pasangan. Jika saya lulus BPR 2021, bayaran BPR 2021 akan
dibuat kepada saya atau pasangan saya?

Ruangan maklumat akaun bank diwujudkan bagi Pemohon dan
Pasangan. Walau bagaimanapun, jika permohonan BPR 2021
diluluskan, mekanisme pembayaran adalah seperti berikut:

i. Bayaran kepada pemohon sekiranya:
a) Pemohon melaporkan akaun bank dan status pembayaran
BPR 2021 berjaya kredit.

b) Pemohon dan pasangan tidak melaporkan maklumat akaun
bank
ii. Bayaran kepada Pasangan (lapor akaun bank) sekiranya:
a) Pemohon tidak melaporkan akaun bank
b) Pemohon melaporkan akaun bank tetapi status pembayaran
BPR 2021 gagal kredit.

15. Saya berkahwin di luar negara dan mempunyai sijil perkahwinan
yang sah dari negara tersebut, adakah saya layak memohon BPR
2021 kategori isi rumah dan apakah dokumen yang diperlukan?

Tidak. Anda tidak layak memohon di bawah kategori isi rumah kecuali
anda telah mendaftar perkahwinan dengan Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
Namun sekiranya anda mempunyai anak, anda layak memohon BPR
2021 dengan mengemukakan Sijil Lahir Anak yang berdaftar di JPN
sebagai bukti perkahwinan

16. Saya berstatus Ibu Tunggal yang berumur 50 tahun dan
mempunyai seorang anak berumur 21 tahun yang tidak bekerja dan
pelajar sepenuh masa. Adakah saya boleh memohon BPR 2021
dengan meletakkan anak saya dalam maklumat Permohonan BPR
2021 saya?

Anak berkenaan boleh didaftarkan di Permohonan BPR 2021 anda
sekiranya menepati syarat kelayakan Anak [Rujuk Jawapan bagi soalan
2 (Syarat kelayakan Anak)].
Sekiranya anak berkenaan tidak menepati syarat kelayakan, anda boleh
memohon BPR 2021 di bawah kategori Bujang sebagai Ibu Bapa
Tunggal tiada anak [Rujuk Jawapan bagi soalan 2 (Syarat kelayakan
Kategori Bujang).

Sumber : harianpost

Info Bantuan Rakyat Malaysia : t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia