Berita baik untuk usahawan PKS, sebentar tadi telah dimaklumkan satu inisiatif khas iaitu GKP Tambahan 2021 oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Info Bantuan Rakyat Malaysia : t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan tersebut adalah merangkumi:

  • Bantuan GKP (Geran Khas Prihatin) Tambahan ini diperluas kepada 500,000 usahawan PKS di 7 negeri di bawah PKP dengan bayaran RM1,000.
  • Manakala 300,000 usahawan PKS di negeri lain akan menerima RM500.

Baca juga: BPR 2021: Cara Permohonan & Kemaskini (Mulai 15 Januari-15 Februari)

Perkara ini adalah merujuk kepada teks ucapan Perdana Menteri menerusi Pengumuman Pakej Bantuan Prihatin 18 Januari 2021 di bawah Inisiatif 14 seperti di bawah:

Inisiatif 14: Meneruskan Geran Khas Prihatin (GKP Tambahan 2021)

Semasa Belanjawan 2021, Kerajaan telahpun mengumumkan bantuan kewangan sebanyak 1,000 ringgit melalui Geran Khas Prihatin Tambahan, atau GKP Tambahan yang diberikan kepada peniaga dan penjaja di Sabah.

Sehubungan itu, sukacita ingin saya maklumkan bahawa Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan ini kepada 500 ribu PKS di tujuh negeri PKP dengan bayaran 1,000 ringgit, manakala 300 ribu PKS di negeri yang lain akan menerima 500 ringgit.

Perluasan inisiatif Geran Khas Prihatin Tambahan ini, atau GKP PERMAI, melibatkan peruntukan tambahan sebanyak 650 juta ringgit.

Namun demikian, sekiranya terdapat negeri yang berubah menjadi zon merah dan diisytiharkan PKP, Kerajaan sedia membantu dengan menyalurkan bantuan tambahan kepada PKS di negeri tersebut dengan serta merta.

*Maklumat lanjut: TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI PENGUMUMAN KHAS PAKEJ BANTUAN PERLINDUNGAN EKONOMI & RAKYAT MALAYSIA (PERMAI)

Info Bantuan Rakyat Malaysia : t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia