Melihat kepada pemberian Geran Khas Prihatin (GKP) sebelum ini, ianya dapat meringkankan beban golongan peniaga kecil dan sedrhana (PKS) di Malaysia.

Info Bantuan Rakyat Malaysia : t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Setelah pemberian GKP 1.0 dan GKP 2.0, akhirnya ianya dilanjutkan kepada GKP tambahan.

Di mana, sebanyak RM1000 akan diberikan kepada PKS yang lulus pada permohonan GKP 1.0 dan GKP 2.0 pada tahun lalu.

Baca juga : Cara Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM RM200, Maksimum RM1,000 (2021)

Nilai RM1000 akan diberikan kepada PKS yang berada di dalam negeri yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bagi negeri lain pula, bantuan sebanyak RM500 akan diberikan.

Pembayaran ini adalah secara one off yang akan dikreditkan ke dalam akaun penerima pada Mac 2021.


Apakah GKP PERMAI?

GKP Tambahan atau GKP PERMAI adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.


Permohonan dan Semakan GKP Tambahan 2021

Tiada permohonan perlu dibuat, kerana bantuan pada kali ini menggunakan data daripada GKP sebelum ini.

Jika anda adalah penerima GKP (1.0 & 2.0) , maka tiada permohonan perlu dibuat. Anda hanya perlu menunggu untuk bantuan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan Mac 2021.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari: gkp.hasil.gov.my

Jumlah Bantuan GKP Tambahan / GKP PERMAI

Amaun bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan secara one-off adalah seperti berikut:

  • PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
  • PKS mikro bagi lain-lain negeri – RM500

Tarikh Bayaran

Tarikh bayaran adalah pada Mac 2021.

Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu
dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini.

Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan info terkini tentang permohonan dan semakan GKP PERMAI, sila rujuk laman web Geran Khas Prihatin LHDN atau baca Soalan Lazim di https://gkp.hasil.gov.my/Download/Faq/(FAQ)GKPTambahan.pdf

Pengumuman GKP PERMAI ini adalah merujuk kepada teks ucapan Perdana Menteri menerusi Pengumuman Pakej Bantuan Prihatin 18 Januari 2021 di bawah Inisiatif 14. Sila rujuk TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI PENGUMUMAN KHAS PAKEJ BANTUAN PERLINDUNGAN EKONOMI & RAKYAT MALAYSIA (PERMAI)

Sumber : LHDN / portalsemakan / harianpost

Info Bantuan Rakyat Malaysia : t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia