Penampang: Polis menahan seorang wanita selepas merosakkan beberapa kenderaan di kawasan parkir di hadapan Plaza 333 di sini, semalam.

Telegram Sabah : http://t.me/InfoAwamSabah

Wanita terbabit didakwa menggunakan batang paip untuk memukul beberapa kenderaan yang parkir.

Orang awam yang melihat kejadian itu kemudiannya menahannya sebelum anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang tiba.

Baca juga : Ini Cara Semak No. Tel Atau No. Akaun Bank Scammer

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu pada 7.42 malam.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai tidak siuman.

"Wanita itu sudah dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, tiga individu dipercayai pemilik kereta sudah dikenal pasti dan dua daripadanya sudah membuat laporan polis.

"Hasil daripada rakaman percakapan semua mangsa, mereka tidak mahu meneruskan tindakan kerana wanita itu kurang siuman.

"Mereka membuat laporan untuk tujuan tuntutan insuran sahaja," katanya.

Telegram Sabah : http://t.me/InfoAwamSabah

Sumber : HMetro