Gambar : BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Kerajaan telah pempercepatkan pelaksanaan Fasa Pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dari Mei kepada akhir Februari ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Info Bantuan Rakyat Malaysia : t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Sehubungan itu, beliau berkata proses permohonan baharu BPR telah dibuka sehingga 15 Februari ini menerusi pautan https://bpr.hasil.gov.my.

Baca juga : Cara Permohonan Dan Kemas Kini Maklumat Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

Menurutnya, bantuan itu diharap dapat memberi manfaat kepada lebih lapan juta penerima B40 yang diluluskan di bawah Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua (BPN 2.0) dan Bantuan Sara Hidup 2020 selain permohonan baharu yang akan diluluskan kelak.

Dalam pada itu, beliau turut meminta kalangan penerima BPN 2.0 agar bersabar kerana wang yang akan dikreditkan membabitkan jumlah yang besar dan memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk pengkreditan sepenuhnya kepada semua penerima.

Menurutnya, ini berikutan terdapat kekeliruan membabitkan bayaran BPN 2.0 yang mana Fasa Kedua BPN 2.0 dengan nilai RM2.38 bilion telah mula disalurkan mulai 21 Januari, 2021.

“Untuk makluman, bagi tempoh 21-24 Januari 2021, sebanyak 6.4 juta akaun telah dikreditkan (dengan wang tersebut). Bagi tempoh 25-29 Januari 2021, sebanyak 3.8 juta akaun sedang atau akan dikreditkan.

“Mulai 25 Januari 2021, kira-kira 750,000 penerima yang tiada akaun bank sudah mula membuat tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional di Semenanjung Malaysia bagi penerima B40 dan M40,” katanya dalam Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-38 secara maya, hari ini.

Baca juga : Bantuan telefon pintar dan data internet percuma YTL Foundation bagi tahun 2021

Selain itu, menyentuh perkembangan mengenai COVID-19, Tengku Zafrul berkata berkata seramai 4,427 individu disahkan pulih daripada virus berkenaan sejak 24 Januari lepas.

“Harapan kita adalah supaya trend sebegini akan berterusan dan ini dapat menaikkan semangat kita untuk terus mematuhi SOP bagi membendung penularan COVID-19,” katanya.

Sumber : Bernama / Siakapkeli / lhdn

Info Bantuan Rakyat Malaysia : t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia