Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung di Sungai Moyog dekat Kampung Tuavon, Penampang. – Gambar Ihsan Polis

PENAMPANG: Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di Sungai Moyog, berdekatan Kampung Tuavon, di sini, petang hari ini.

Telegram rasmi info Sabah : http://t.me/InfoAwamSabah

Mayat mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemukan dua sekeluarga yang memancing di jambatan gantung berdekatan sungai berkenaan pada 4.30 petang tadi.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung di Sungai Moyog dekat Kampung Tuavon, Penampang. – Gambar Ihsan Polis

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua pemancing terbabit dikatakan terlihat sesuatu benda hanyut yang kelihatan seperti manusia.

Baca juga : semak status kelulusan mulai hari ini, 15 Januari 2021

Katanya, kedua-dua individu terbabit kemudiannya menariknya ke tepi sungai dengan menggunakan tali pancing.

“Sebaik berjaya ditarik ke tepi, kedua-dua mereka terkejut apabila mendapati benda yang hanyut berkenaan adalah mayat manusia dalam keadaan tertiarap. 

“Mereka kemudiannya memanggil seorang lagi saudara mereka untuk membantu menghubungi polis bagi melaporkan penemuan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati, mayat lelaki terbabit berpakaian baju kemeja T lengan panjang dan berseluar hitam.

Baca juga : Mulai 2021, SSM memperkenalkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

Katanya, siasatan awal polis mendapati mangsa berkenaan dipercayai lemas berdasarkan tiada sebarang kesan kecederaan pada mayat.

“Polis percaya mangsa berusia lingkungan 30-an namun identiti mangsa masih belum diketahui berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut namun siasatan masih diteruskan,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Haris memohon kepada masyarakat yang kehilangan ahli keluarga untuk tampil ke Balai Polis Penampang atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan lanjut. 

Sumber : HMEtro / SabahPost

Telegram rasmi info Sabah : http://t.me/InfoAwamSabah