Pemandu Mabuk Langgar Klinik Di Tenom

Kereta yang merempuh klinik di Orchard Plaza. Foto Ihsan Pembaca

TENOM: Remaja lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk merempuh sebuah klinik di Orchard Plaza, di sini, malam tadi.

Telegram rasmi info Sabah : http://t.me/InfoAwamSabah

Dalam kejadian jam 10.45 malam itu, remaja berusia 19 tahun itu mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, siasatan awal mendapati pemandu Proton Iswara berkenaan dikatakan dalam perjalanan balik selepas menghantar rakannya kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

Baca juga : [Rasmi] Tarikh Rasmi Bayaran BPN 2.0 Fasa 2 Mula 21 Januari 2021 & Cara Semak Status


Keadaan Klinik selepas dirempuh kereta dipercayai dipandu pemandu mabuk . Foto Ihsan Pembaca

Katanya, ketika melalui klinik berkenaan, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan sehingga merempuh pintu masuk.

“Mangsa dikatakan hilang kawalan ketika cuba membelok ke kanan sebelum terus melanggar lot klinik terbabit.

“Akibat kejadian itu, pemandu yang mengalami kecederaan ringan dibawa ke Hospital Tenom untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Baca juga : Cara Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM RM200, Maksimum RM1,000 (2021)

Hasan berkata, selepas menerima rawatan, pemandu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.

“Pemandu dipercayai di bawah pengaruh alkohol bagaimanapun kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. 

Sumber :  HMetro / SabahPost

Telegram rasmi info Sabah : http://t.me/InfoAwamSabah

Catat Komen

0 Ulasan