Polis Sabah Bersedia Untuk Larangan Perjalanan Antara Daerah Lagi

Ketua polis negeri berkata mahu bersedia untuk sebarang kemungkinan atau keadaan.

KOTA KINABALU: Polis Sabah bersedia untuk kemungkinan pelaksanaan larangan perjalanan antara daerah susulan negeri itu merekodkan lonjakan jangkitan Covid-19 selepas tahun baharu.

Telegram rasmi info Sabah : http://t.me/InfoAwamSabah

Surat memaklumkan supaya semua ketua polis daerah bersedia untuk kemungkinan itu tersebar di media sosial sejak semalam.

Ketua polis negeri Hazani Ghazali mengesahkan memo itu dikeluarkan kepada daerah terbabit dua hari lalu.

Katanya, walaupun perintah larangan perjalanan hanya boleh dikeluarkan kerajaan, polis akan perlu bertindak pantas sebaik itu berlaku.

Baca juga : Cara Memohon & Semakan i-Lestari KWSP RM500 Sebulan, Tarikh Tutup 31 Mac 2021

“Kami perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan atau keadaan,” katanya.

Polis di daerah terbabit diarahkan bersedia mendirikan sekatan jalan dan menyiapkan permit perjalanan, antara lain.

Larangan perjalanan antara daerah dilaksanakan di negeri itu selama dua bulan bermula Oktober tahun lalu.

Semalam, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun berkata, negeri itu berkemungkinan dikenakan perintah kawalan pergerakan penuh (PKP) atau sekatan susulan lonjakan kes Covid-19 sejak tahun baharu.

Masidi berkata pihak berkuasa tiada pilihan jika bilangan kes terus meningkat di negeri itu.

Malah, katanya Sabah mungkin perlu melarang perjalanan antara negeri terutama membabitkan penerbangan jika keadaan semakin teruk.

Baca juga : Bantuan Persekolahan 2021: Duit Sekolah RM100 FREE

Trend sejak tujuh hari terakhir sebelum tahun baharu melihat pengurangan kes dengan yang terendah sebanyak 157 kes manakala yang tertinggi 299, manakala puratanya 232 kes sehari.

Bagaimanapun, sejak tahun baharu ini jumlah itu meningkat iaitu 254 kes pada 1 Jan, 2 Jan (259), 3 Jan (316), 4 Jan (303), 5 Jan (383) selain 405 kes direkodkan semalam. 

Sumber : FMT / SabahPost

Telegram rasmi info Sabah : http://t.me/InfoAwamSabah

Catat Komen

0 Ulasan