Senarai Barang Elektrik Program SAVE 2.0 Dan Cara ‘Claim’ Voucher RM200


Program SAVE 2.0 merupakan inisiatif oleh SEDA dengan kerjasama oleh Shopee Malaysia dan ia telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021 yang lalu.

Telegram Bantuan Rakyat Malaysia : http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Dengan mendaftar untuk PROGRAM SAVE 2.0 di Shopee, anda boleh tuntut baucar RM200 untuk digunakan pada penghawa dingin dan peti sejuk yang cekap tenaga.

Daftar cepat sebab baucar ini diberikan berdasarkan first come, first serve!

Jom kami kongsikan info lanjut tentang Program SAVE 2.0 ini.


Apakah Program SAVE 2.0?

Ialah sebuah program pemberian e-rebat kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 bintang atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Objektif Program

  • meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan elektrik cekap tenaga yang akan menjimatkan tenaga elektrik pengguna terutamanya pengguna domestik
  • meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf 5 bintang dan 4 bintang dan peralatan cekap tenaga di pasaran

Syarat Kelayakan

Siapa yang boleh mendapatkan voucher RM200 Program SAVE 2.0 ini?

Berikut adalah syarat / kriteria kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pengguna / pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, SEB
  3. Menggunakan e-Rebat untuk pembelian penyaman udara ATAU peti sejuk berlabel 4 bintang ATAU 5 bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021
  4. 1 akaun bil untuk 1 e-Rebat (siapa cepat dia dapat)

Cara Dapatkan Voucher RM200 Shopee Melalui Program SAVE 2.0

Untuk mendapatkan baucar ini, anda hanya perlu mendaftar dengan langkah ini:

  1. https://shopee.com.my/m/program-save
  2. Isikan maklumat pengguna, akaun pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, SEB
  3. Tick butang pengesahan / persetujuan
  4. Hantar.
  5. Baucar RM200 akan dikreditkan ke dalam Shopee Wallet bagi permohonan yang diluluskan.

(Sila rujuk langkah bergambar di bawah)

Boleh ikut link https://shopee.com.my/m/program-save atau pergi ke Program SAVE 2.0 macam dalam ikon di bawah.


Nanti akan keluar maklumat ini:


Boleh baca dan fahamkan, lepas tu klik DAFTAR SEKARANG


Kita perlu lengkapkan maklumat macam ni.

‘Electricity bill no’ tu merujuk kepada nombor akaun TNB kita, boleh refer dekat bil elektrik masing-masing.



Dah siap isi, tekan SUBMIT.


Tunggu permohonan diproses. Voucher RM200 akan dikreditkan melalui e-Wallet Shopee. Nanti boleh check, ok!

Baca juga: Shopee Buat Promosi Tiket Zoo Negara RM10.80, Sah Hingga Sept 2021

Senarai Barang Elektrik Cekap Tenaga

OK, mungkin ramai nak tahu barang elektrik apa yang dikira sebagai ‘Cekap Tenaga’?

Berdasarkan Peraturan Elektrik 1994 (Pindaan 2013) Peraturan 101A (3) “Mana-mana peralatan yang memenuhi semua keperluan penggunaan elektrik yang cekap di bawah sub peraturan (1) hendaklah dilekatkan dengan label penilaian kecekapan dalam bentuk dan cara yang mungkin ditentukan oleh Suruhanjaya. ”

Semua pengeluar dan pengimport, mesti melekatkan Label Kecekapan Tenaga pada produk sebelum dapat dijual kepada pelanggan.

Ini label ‘Cekap Tenaga’ yang ada dilekatkan pada semua peralatan elektrik.

Kalau ikut terma dan syarat voucher ni, kita kena pilih sekurang-kurangnya yang 4 bintang ok!

Kalau nak tengok senarai lengkap barang elektrik cekap tenaga, boleh rujuk di senarai ‘Approved MEPS Appliance’ oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia ini: http://edik.st.gov.my/publicenquiry/search.aspx

Rujuk gambar di bawah ni:

Kita boleh tengok senarai model barangan yang kita nak cari dan boleh guna voucher SAVE 2.0 tadi.


Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://shopee.com.my/m/program-save

Telegram Bantuan Rakyat Malaysia : http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Catat Komen

0 Ulasan