Seperti yang diumumkan oleh Tengku Zafrul menerusi Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 13 Januari 2021, semakan BPN 2.0 bagi permohonan rayuan dan permohonan baharu boleh dibuat mulai hari ini, 15 Januari 2021.

Telegram Rasmi : http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Bagi yang lulus, anda akan mendapat bayaran sekaligus (fasa pertama dan fasa kedua) mulai 21 Januari.

Berikut adalah cara membuat semakan BPN 2.0 fasa kedua bagi pemohon baru dan rayuan.

Cara Semakan BPN 2.0 Fasa Kedua (Rayuan & Permohonan Baru)

Untuk membuat semakan status LULUS atau maklumat tarikh pembayaran, anda boleh berbuat demikian dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad yang didaftarkan.
  3. Tekan ikon Carian.
  4. Ruangan Captcha akan dipaparkan
  5. Masukkan kod Captcha tersebut di ruang yang disediakan.
  6. Tekan butang Semak
  7. Akan dipaparkan status sama ada lulus atau gagal termasuk jumlah bayaran diterima.

Tarikh & Jumlah Bayaran

Tarikh bayaran BPN 2.0 Fasa kedua akan dibuat secara berperingkat:

  • Penerima kategori B40 – bermula 21 Januari 2021
  • Penerima kategori M40 – bermula 25 Januari 2021

Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing pada tarikh tersebut.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran akan dibuat mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.

Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula, pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan ini.

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti dalam jadual di bawah.

Bagi pemohon baru / rayuan yang lulus, anda akan mendapat bayaran sekaligus (fasa pertama dan fasa kedua) mulai 21 Januari ini.

Baca juga: APDM KPM: Cara Kemaskini Maklumat Untuk Ibu Bapa (Dari 11 Jan 2021)

Maklumat Lanjut

Fasa kedua BPN 2.0 akan diberikan kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada serta 460,000 penerima baharu dengan jumlah bayaran keseluruhan RM2.38 bilion.

Untuk makluman, tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 untuk Fasa Kedua telah berakhir pada 15 November 2020 yang lalu.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim (FAQ) Permohonan Baharu BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0

Jika anda ingin mengemukakan sebarang pertanyaan atau maklum balas, orang ramai boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan mengisi borang maklum balas di portal rasmi LHDN melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Telegram Rasmi : http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Sumber : harianpost / LHDN