Tiada toleransi, nasihat kepada individu ingkar PKP: Hazani

HAZANI

KOTA KINABALU: Polis akan memberikan kompaun secera terus kepada mana-mana individu yang didapati mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dilaksanakan hari ini di negeri ini.

Telegram rasmi info Sabah : http://t.me/InfoAwamSabah

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya tidak akan bertoleransi lagi termasuk memberikan nasihat terlebih dahulu kepada mereka yang didapati ingkar sepertimana sebelum ini.

"Bermula malam esok kita akan fokus kepada penguatkuasaan pematuhan SOP, kali ini polis lebih tegas dan tidak akan memberikan toleransi serta nasihat terhadap kesilapan yang dilakukan oleh mana-mana pihak.

"Pegawai Pemantau yang ditugaskan akan mengeluarkan arahan kompaun secara langsung di lokasi kepada pesalah yang melanggar SOP berikutan pendedahan untuk pematuhan sudah cukup lama dan difahami oleh masyarakat," katanya di sini.

Baca juga : 15 soalan dan jawapan berkaitan darurat

Beliau berkata, pihaknya sudah mencadangkan dari awal agar pelaksanaan PKP ini berikutan keadaan kes penularan COVID-19 yang dicatatkan dilihat mencapai tahap membimbangkan.

"Kontinjen Sabah menghadapi cabaran agak tinggi berbanding negeri lain berikutan kita terpaksa berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengakui tahap penularan sudah di tahap kritikal tambahan lagi seluruh negara juga merekodkan kes mencecah empat angka saban hari dan wajarlah PKP dilaksanakan walaupun sesetengah pihak mempersoalkan sektor ekonomi yang akan terjejas jika PKP ini dilaksanakan semula.

Baca juga : Boleh standby siap-siap Surat Kebenaran Rentas Daerah / Negeri bagi essential service dan yang berkaitan

"Tetapi bagi saya jika PKP tidak dilaksanakan dan semakin ramai yang positif dan dijangkiti virus ini maka keadaan itu juga lebih memburukkan dan keadaan ekonomi kita tidak dapat berfungsi dengan lancar," katanya.

Bercakap mengenai pelaksanaan pematuhan sepanjang tempoh PKP di Sabah, Hazani berkata beliau akan bertemu dengan semua Ketua Jabatan serta Ketua Polis Daerah di negeri ini bagi menyeragamkan arahan untuk memastikan pematuhan dilaksanakan secara sepenuhnya seterusnya mengekang penularan COVID-19.

Sabah antara enam negeri termasuk Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka dan Johor dikenakan PKP untuk tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 sehingga 26 Januari depan.

Enam lagi negeri lain iaitu iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan akan dikenakan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan bagi tempoh terbabit.

Sumber : Utusan Borneo

Telegram rasmi info Sabah : http://t.me/InfoAwamSabah

Catat Komen

0 Ulasan