Resepi nasi goreng tomyam dan cara memasak tom yam nasi goreng ala thai fried rice thai style recipe Thailand. jom try buat masak nasi goreng simple dan sedap.

Bahan - Bahan:

Bahan A:
bawang merah
bawang putih
halia
ciliapi
serai
limau purut

Bahan B:
pes tomyam , boleh gunakan daripada apa apa brand yang anda suka.

Bahan C:
isi ayam
udang
cendawan
lobak merah
kobis bunga
putik jagung
tomato

Bahan D:
Nasi 

Cara - cara
1. Tumbuk Bahan A dan kemudian tumis semua bahan tersebut sehingga wangi dan agak garing dengan 3-4 sudu minyak. Kuantiti minyak bergantung kepada kuantiti nasi dan bahan yang akan kita gunakan.
2. Masukan pes tomyam anda dan tumis sebentar.
3. masukan kesemua Bahan C dan jika perlu masukan sedikit air. Tujuan untuk lembutkan sayur .
4. Kemudian masukan nasi, gaulkan sebat dengan bahan - bahan tadi.
5. Perasakan sedikit dengan kicap, gula dan garam.
Hidangkan semasa masih panas dan berasap. 

Selamat mencuba.
Kredit: malay kitchen