[VIDEO] Pemberita Tersasul Sebut Lampin Waktu Live- "Confidence Tu Penting"


Bertugas secara siaran langsung di TV
ternyata bukan mudah. Malah pasti ada saja insiden-insiden yang tidak dijangka boleh berlaku kepada mana-mana pemberita seperti masalah gangguan teknikal ataupun tersalah cakap. Walaupun tersilap satu perkataan saja, kejadian tersebut boleh mengundang malu gara-gara ditonton ramai pihak di luar sana.


Pemberita tersasul sebut jenama lampin pakai buang waktu live..Tapi muka tetap maintain yakin

Sebelum ini, pemberita di saluran TV1 iaitu
Syairul Islam Basmullah pernah tular apabila tersasul  menyebut masyarakat
sebagai masyarakot. Sejarah tersebut bagaimanapun berulang kembali, apabila tersilap menyebut sejenis jenama lampin pakai buang ketika berbicara tentang topik pelajar universiti pulang ke kampus. Tetapi pujian harus diberikan kepada pembaca berita yang berusia 22 tahun ini, kerana riak wajahnya tetap kelihatan yakin walaupun sudah terlepas cakap.



Yang penting confidence...Semangat sangat ni dik, maaf tergelak banyak kali

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat perkongsian yang dimuat naik ke Instagramnya. Selain itu, ramai memuji confidence level dimiliki pemberita muda tersebut kerana masih mampu berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Di ruangan kapsyen, Syairul ada tinggalkan tips sewaktu membaca berita iaitu dengan tidak terlampau nervous dan juga yakin.

Sumber : Instagram (Syairul Islam Basmullah) / Kisah Dunia

TAG