Ramai golongan yang terkesan dan terjejas teruk dari segi kewangan dan ekonomi akibat Covid- ini. Tahukah anda, Yayasan Pahang ada memperkenalkan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) untuk membantu murid-murid sekolah menengah.


Sebenarnya biasiswa ini telah lama diperkenalkan sejak tahun 1982 lagi dan diberikan kepada anak-anak Pahang yang belajar di sekolah bantuan kerajaan negeri Pahang.

Pada awalnya keutamaan biasiswa ini cuma diberikan kepada anak Pahang dengan tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin, ibu bapa uzur, ibu tunggal atau peserta PPRT. Namun begitu, semenjak tahun 2003, peruntukan telah diperluaskan kepada murid-murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Kami kongsikan kepada anda syarat kelayakan dan cara memohon biasiswa ini.

Jumlah Bantuan

Permohonan yang layak akan menerima biasiswa kewangan iaitu:

  • RM600

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka seperti berikut:

  • 1 Mac hingga 30 April 2021

Syarat Kelayakan

Untuk makluman, antara syarat kelayakan untuk melakukan permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Ibu atau Bapa Warganegara Malaysia
  • Pemohon / Ibu / Bapa lahir di negeri Pahang, mestilah bermastautin di negeri Pahang lebih dari 10 tahun.
  • Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan Ibu Bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  • Murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum
  • Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh / Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama Rakyat / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam negeri Pahang sahaja.
  • Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  • Murid yang pernah digantung / dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
  • Pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 tahun 2021 sahaja layak memohon.
  • Cara memohon

    Berikut adalah merupakan cara melakukan permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang:

    • Dapatkan Borang Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang di sekolah atau pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) masing-masing.
    • Sila isikan maklumat yang diminta dalam borang tersebut.
    • Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar semula ke pejabat sekolah masing-masing
    • Pihak sekolah perlu menghantar borang permohonan kepada pihak Yayasan Pahang sebelum tarikh tutup permohonan secara online di http://eyayasan2.yp.org.my/bsmyp/jpnp/


Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800 atau layari laman web rasmi  http://www.yp.org.my/yp2016/index.php/my/ 

Sumber : Yayasan Pahang / MingguanKerja