• Home
  • About
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms & Conditions
Info Awam
  • 💝 Bantuan Kerajaan 2021
  • 💼 Kerja Kosong Malaysia
  • 🌎 Berita
  • 🍔 Resepi Masakan
Laman UtamaKISAH ANTARA KITAYoutuber terkenal didakwa pukul pemain futsal

Youtuber terkenal didakwa pukul pemain futsal

Mac 06, 2021
Mangsa membuat laporan polis susulan tidak puas hati selepas dipukul Youtuber itu.

PETALING JAYA – Seorang Youtuber terkenal didakwa bertindak ganas memukul seorang pemain futsal hingga cedera dalam satu kejadian pergaduhan di Gelanggang Futsal Ferro di Subang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu, mangsa didakwa diserang oleh 25 orang termasuk Youtuber berkenaan hingga mengalami kecederaan teruk di muka serta badan.

Menerusi satu video berdurasi lapan saat yang tular di laman media sosial menunjukkan aksi pergaduhan itu malah ada yang turut melafazkan kata-kata kesat.

Difahamkan, pergaduhan tersebut tercetus selepas mangsa meleraikan pergaduhan antara dua individu ketika berada di gelanggang futsal.

Beberapa minit kemudian, salah seorang didakwa datang semula bersama 25 individu lain sebelum memukul mangsa hingga cedera.

Sementara itu, rata-rata netizen mengecam tindakan itu dengan mendakwa perwatakan individu tersebut sebagai seorang Youtuber tidak mencerminkan personalitinya di media sosial.

Menurut Bakhtiar Ikhwan, dia selama ini memikirkan Youtuber itu seorang yang baik kerana sering membuat video menolong orang.

“Selama ini fikir baik sangat kerana buat kandungan tolong orang, sedekah sana sini, dasar pura-pura. Sebab tak puas hati terus ajak lima kereta pukul orang,” tulisnya.

Perkongsiannya di laman Twitter mendapat lebih 12,000 ulang ciap selain 10,000 tanda suka. 

Sumber : K! ONLINE / KOSMO
Tags
KISAH ANTARA KITA
  • Facebook
  • Twitter

Related Posts

Jawatan/Bantuan/Berita

BANTUAN KERAJAAN

JAWATAN KOSONG 2021

KISAH ANTARA KITA

BERITA

PENDIDIKAN

RESEPI

VISITORS

ACHIEVED

  • April 202168
  • Mac 2021253
  • Februari 2021256
  • Januari 2021253
  • Disember 2020381
  • November 2020306
  • Oktober 2020293
  • September 202091
  • Ogos 2020105
Subscribe Now

Subscribe to our newsletter

Dapatkan Update berita dan artikel kami secara percuma

About

about footer

Info Awam
Menu
KESIHATAN | MELANCONG | RESEPI SEDAP | BERITA | INFORMASI | KERJA KOSONG MALAYSIA | BANTUAN KERAJAAN

Contact |
Email : infoawam1993@gmail.com


Created By SoraTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates