Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam RM500 dan Pesara RM250

Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam RM500 dan Pesara RM250
 
Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam RM500 dan Pesara RM250 ini merujuk kepada kenyataan media Pejabat Perdana Menteri terkini pada 22 April 2021 yang bertajuk “Bayaran Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfiltri 2021”. Berita gembira ini khas buat semua kakitangan yang terlibat.

Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

Kategori Penerima yang Layak

Kerajaan bersetuju untuk memberi 
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM 500 kepada:

Semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah,

1. Kakitangan Contract Of Service,

2. Kakitangan Contract For Service,

3. Pegawai Sambilan Harian serta 

4. lantikan di bawah MySTEP, dan

5. Pesara Kerajaan (RM 250).

 
Tarikh Pembayaran

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei, iaitu pada 6 Mei 2021.

Bantuan khas ini akan memanfaatkan lebih 2 Juta Penjawat Awam dan Pesara. Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelim atas keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Semoga perkongsian Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam RM500 dan Pesara RM250 ini dapat menjadi perkhabaran gembira khususnya buat golongan yang terlibat. Diharapkan semua pihak yang terlibat akan terus berkhidmat dengan terus maju jaya!

Sumber: SGO.my

TAG