13 tahun tinggal di flat, netizen tumpang gembira Azad hadiahkan Eira rumah baru


Sudah menjadi tanggungjawab sang suami untuk menyediakan rumah buat seisi keluarga berlindung. Biarpun tidak mewah, namun ia perlulah selesa.

Apa yang penting, ia bergantung kepada kemampuan suami. Jika ada rezeki lebih, tidak salah kiranya jika kita menghadiahkan rumah buat isteri tersayang bukan?

eirasyaziraofficial/Instagram

Itulah yang dilakukan oleh pasangan selebriti Azad Jasmin terhadap isterinya, Eira Syazira. Ia dikongsikan di laman Instagram Eira sendiri.

Azad difahamkan membuat kejutan dan merealisasikan impian Eira dengan menghadiahkan rumah baru kepadanya.

Rumah itu juga sudah lengkap dengan dekorasi dan juga perhiasan dalaman. Isteri mana yang tidak gembira bukan? Eira walau bagaimanapun mengakui dirinya berasa terkejut.

Hadiah tersebut menurutnya adalah hadiah terindah yang diberikan Azad selepas sudah 10 tahun mereka melayari bahtera rumah tangga.

eirasyaziraofficial/Instagram

Jelas Azad, kelengkapan dan perhiasan dalaman di rumah baru mereka itu memakan masa selama 3 bulan untuk dilengkapkan. Semua dilakukan tanpa pengetahuan si isteri.

Azad turut dibantu oleh adik kepada Eira untuk membuat kejutan istimewa terhadap isterinya.

Berikut video penuh kejutan berkenaan :



Selepas 13 tahun tinggal di rumah flat, hari ini di bulan Ramadan yang mulia, I hadiahkan you rumah ini. I harap you suka”, kata Azad.

Rumah baru mereka turut dilengkapi dengan surau mini agar dapat digunakan oleh mereka sekeluarga untuk beribadah di bulan Ramadan ini.

Semoga pengorbanan Azad membahagiakan isteri tersayang dan keluarga mendapat ganjaran sebaik-baiknya.

Sumber : eirasyaziraofficial IG / Era Baru

Telegram Kisah Antara Kita : http://t.me/DiSebalikUjianAdaRahmat
TAG