Anak main ‘spray’ cat atas kereta jiran, wanita ini dakwa pemilik ‘melebih’ minta ganti rugi bahagian rosak termasuk yang tidak berkenaan


Seorang wanita dan ibu kepada anak lelakinya yang nakal terpaksa menanggung akibat kerenah si bijak ini apabila dia secara spontan mendapat idea untuk menyembur cat ke atas kereta jirannya.

Sha Qiena dalam video TikTok yang dimuat naik menceritakan pengalamannya yang terpaksa menghabiskan wang beratus ringgit semata-mata kerana menanggung akibat anak lelaki kecilnya yang nakal. 

Kejadian menyembur cat tersebut berlaku ketika keluarga Sha pulang ke kampung selepas tempoh PKP telah tamat baru-baru ini.


Sha mendakwa pemilik kereta berkenaan telah membuang botol penyembur cat yang telah digunakan anaknya itu sebagai bahan mainan di kawasan rumahnya. 

Anak lelaki Sha kemudian telah menemui botol penyembur tersebut dan dengan rasa ingin tahunya yang berkobar-kobar secara spontan telah menyembur cat berwarna putih itu di permukaan kereta.


Tulis Sha dalam video TikTok itu, “Bila sel-sel anak sedang berhubung, dicontengnya dekat pintu sebelah driver. Dekat rim tayar ni mama hantar polish, hantar kilat spray. Beratus-ratus duit mama habis…”


Sha mendakwa pemilik kereta tersebut seakan mengambil kesempatan dengan memintanya menggantikan tayar dan rim yang baru walaupun pihak polis sudah memaklumkan supaya dia membaiki bahagian terkena cat yang terkesan sahaja.

Jadi, mulalah wanita ini tidak bersetuju kerana terpaksa membayar ganti rugi atas kerosakan yang jauh lebih mahal dan seperti tidak berbaloi pula memandangkan kereta itu bukan kereta baru.

Selain itu, Sha turut mendakwa dia telah diminta oleh pemilik kereta untuk mengilatkan keseluruhan kereta itu sedangkan sebelum kejadian, kereta tersebut sememangnya telah terdapat banyak kesan calar.

Menurut Sha, “Lampu asal dah kabur. Dia minta mama ganti baru. Kes ini pun jadi kes polis sebab ramai mula masuk campur tangan. Akak ini pun tidak boleh bawa bincang. Macam-macam kena ugut selagi mama tak bayar ganti rugi. Dah hantar kedai pun macam-macam tak puas hati.”


Pengajaran daripada kisah ini, jagalah kelakuan anak-anak kita supaya jangan ‘bertangan gatal’ macam ‘Dennis the Menace’, yang kemudiannya mungkin akan menyukarkan urusan orang lain termasuk urusan ibu bapa itu sendiri.

Tambah pula nasib tidak baik terkena kepada orang yang tidak boleh lebih kurang dan orang yang mungkin akan mengambil kesempatan. Dugaan kita…

Sumber : Erabaru dan Tiktok Sha Qiena

PERHATIAN: Pihak Info Awam tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Info Awam juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih

TAG