“Saya bukan siapa2.. Kalau nak agungkan, agungkanlah Rasulullah..” – Mizz Nina

Menerusi sebuah ‘posting’ di Facebook, seorang wanita berkongsi jawapan Mizz Nina berkaitan isu tersebut.

Saya rasa takut sangat, saya bukan sesiapa untuk diagungkan”

Berdasarkan pengisian wawancara itu, ternyata betul seperti apa yang diberitahu oleh netizen bahawa pelantun lagu Kurnia itu merupakan seorang yang sangat merendah diri.


Kalau rasa nak agungkan seseorang, agungkanlah Rasulullah SAW, para sahabat atau ummul mukminin. Setiap pujian melambung-lambung terhadap sesiapa, sentiasa beserta dengan jangkaan & harapan tinggi,” jelas Mizz Nina.

Menurut isteri kepada vokalis kumpulan Hujan,  Mohammad Noh Salleh itu, dia berasa takut sangat apabila diagungkan oleh ramai orang.

Baginya, jika seseorang itu diagungkan kebiasaannya ia beserta dengan jangkaan yang tinggi jadi penyanyi berusia 41 tahun itu sangat takut sekiranya tidak dapat memenuhinya.

Ya Allah, bantu saya jadi lebih baik dari apa yang mereka kata”

Saya rasa, Ya Allah, betul ke saya baik sangat macam tu? Setiap kali baca komen memuji-muji, Ya Allah maafkan mereka tentang apa yang mereka cakap berkenaan saya. Mereka tak tahu siapa saya sebenarnya.
Maafkan saya dan bantu saya untuk jadi lebih baik daripada apa yang mereka katakan,” ujarnya lagi.

Selain itu, Mizz Nina turut memuhasabah diri dengan menyatakan dia begitu bimbang jika Allah bertanya apa yang dilakukannya saat menerima pujian sebegitu.


Saya takut sangat nanti Allah akan tanya, ‘apa kamu buat apabila terima pujian begitu? Rasa diri bagus? Atau akan gunakannya untuk perbaiki diri?’. Saya takut,” katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak layak dipuji-puji sedemikian rupa oleh kerana lebih banyak lagi yang perlu dirinya perbaiki dari segi pelbagai aspek dalam kehidupan. Masha Allah.


Biarpun namanya jarang menjadi sebutan di bibir netizen, namun perubahan yang dilakukan oleh bekas penyanyi Mizz Nina saban hari mengejutkan ramai orang.

Bagaimanapun, situasi itu sama sekali tidak membuatkan dirinya cuba melakukan sesuatu di luar kotak seperti publisiti murahan bagi meraih perhatian netizen terhadap dirinya.

Sumber: Facebook @Waridah Lothpi, Facebook TV3, OhMyMedia

PERHATIAN: Pihak Info Awam tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Info Awam juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih

TAG