Tentera Hamas Balas Serangan, Ruang Udara Israel Dibanjiri 130 Bedilan Roket

Ḥarakat al-Muqāwamah al-Islāmiyyah (HAMAS) dalam satu kenyataan mengatakan, Briged Izz ad-Din al-Qassam telah melancarkan serangan roket dari Gaza ke beberapa lokasi di sekitar Tel Aviv, pada Selasa malam.

Menurut laporan Reuters, sebanyak 130 roket ditembakkan ke bandar Israel itu sebagai tindak balas terhadap tindakan rejim Zionis di Sheikh Jarrah dan di sekitar masjid Al-Aqsa baru-baru ini.

Memetik laporan sama, siren-siren amaran roket dibunyikan disusuli dengan pelbagai bunyi letupan selepas beberapa minit kumpulan militan Gaza itu melancarkan serangan balas.

Sementara itu, media antarabangsa dan pengguna laman sosial Twitter tidak ketinggalan berkongsi perkembangan terkini dan video serangan yang memaparkan ruang udara Israel dihujani roket bedilan ke penempatan penduduk dan pusat ekonomi di sekitar Tel Aviv.

Kami melaksanakan janji dengan melancarkan serangan roket besar-besaran terhadap Tel Aviv dan pinggirannya sebagai tindak balas atas serangan musuh ke arah tempat tinggal penduduk,” katanya.

Memetik laporan sama, siren-siren amaran roket dibunyikan disusuli dengan pelbagai bunyi letupan selepas beberapa minit kumpulan Gaza itu melancarkan serangan balas.

Sementara itu, media antarabangsa dan pengguna laman sosial Twitter tidak ketinggalan berkongsi perkembangan terkini dan video serangan yang memaparkan ruang udara Israel dihujani roket bedilan ke penempatan penduduk dan pusat ekonomi di sekitar Tel Aviv.







Di Gaza pula, penduduk setempat mengasingkan serpihan berikutan serangan udara Israel menghancurkan bangunan 12 tingkat dimana meragut kira-kira 20 orang awam serta puluhan lain yang tercedera.

Sumber: Reuters (1) & (2) , Twitter, Borakdaily

TAG