5 Beradik Jadi Yatim Piatu lbu Ayah Ajal COVID-19, Abang Janji Pikul Amanah

Hari berganti hari, ada sahaja berita kematian disebabkan COVID-19. Tak terbayangkan betapa sedihnya saat mendengar berita sedih pemergian ahli keluarga. Tambahan pula apabila pengurusan jasad penghidap wabak ini, standard operating procedure (SOP) tidak membenarkan ahli keluarga untuk mnelihat mereka buat kali terakhir.

Ayah menunjukkan simptom. Satu
keluarga disahkan positif COVID-19

Melalui kisah pilu sebuah keluarga ini, ayah mereka merupakan individu pertama yang membuat saringan COVID-19 dalam keluarga setelah menyedari mempunyai simptom seperti demam dan sesak nafas. Keputusan ujian berkenaan menunjukkan Rodzi Tahar disahkan
positif. Disebabkan itu, seluruh ahli keluarga turut diminta untuk menjalankan swab test dan turut disahkan positif wabak tersebut.

Ayah dan ibu dibawa ke pusat rawatan. Doktor maklumkan pemergian ayah diikuti ibu

Menurut anak sulung mereka, selepas disahkan positif COVID-19 kedua ayah dan ibu mereka telah dibawa ke pusat rawatan namun mereka lima beradik diarahkan berkuarantin di rumah sahaja. Belum sampai sebulan di pusat rawatan, doktor telah memaklumkan khabar sedih pemergian ayah mereka. Lebih sayu lagi, enam hari selepas pemergian ayah, ibu pula dijemput Ilahi.

Tidak dibenarkan lihat Allahyarham. Haidir berjanji akan menjaga adik-adiknya

Masih lagi dalam tempoh kuarantin di rumah, kelima-lima beradik berkenaan tidak dibenarkan melihat Allahyarham ayah dan ibu untuk kali terakhir. Namun sebelum ibu mereka ditempatkan dalam unit ICU, ibu mereka sempat berpesan untuk Haidir menjaga adik-adiknya jika ada apa-apa berlaku. Igauan tersebut menjadi realiti, oleh itu kini dia berjanji memikul amanat berkenaan sebaik-baiknya.


Telegram Kisah Antara Kita : http://t.me/DiSebalikUjianAdaRahmat

TAG