5 Pilihan Aplikasi Belajar Untuk Anak Pra-Sekolah Terokai Sepanjang PKP

Kemudahan akses penggunaan telefon pintar dan tablet oleh anak-anak telah menjadi sesuatu perkara yang normal. Pelbagai konten yang boleh diakses melalui peranti tersebut. Perkara ini telah memudahkan ibu bapa untuk menguruskan anak-anak mereka sewaktu bekerja dari rumah. Ibu bapa turut digalakkan untuk memasang aplikasi belajar anak sewaktu proses pembesaran anak-anak.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat oleh Association for Psychological Science, ibu bapa digalakkan untuk memberikan modul pembelajaran yang bersesuaian kepada anak-anak seawal yang mungkin kerana meraka mudah untuk menyerap setiap informasi yang disediakan. Terdapat beberapa pilihan aplikasi belajar anak pra-sekolah yang boleh diterokai sepanjang Perintah Kawalan Penuh (PKP).

1. Aplikasi Khan Academy Kids

Aplikasi Khan Academy Kids merupakan sebuah aplikasi pendidikan yang menyediakan pelbagai aktiviti dan konten yang bermanfaat untuk anak-anak anda. Aplikasi ini telah dibangunkan oleh sebuah  non-governmental organization (NGO) sebagai usaha untuk memberi pendidikan secara percuma kepada semua anak-anak di luar sana.

Menerusi rekaan antara muka yang interaktif serta pelbagai grafik berwarna-warni pasti membuatkan anak menjadi seronok untuk meneroka konten yang tersedia. Aktiviti yang disediakan untuk anak-anak pelajari terdiri daripada melukis, membaca, mengira dan lain-lain lagi.

Anak-anak anda pastinya tidak akan jemu dan berpeluang mempelajari pelbagai cabang ilmu dengan sendiri sekaligus ibu bapa boleh mencungkil bakat atau minat terpendam anak-anak menggunakan aplikasi ini.

Aplikasi ini juga tidak terhad pembelajaran semata-mata malah turut menyediakan permainan untuk menambah keseronokan sewaktu sesi pembelajaran. Konten yang disediakan pula akan sentiasa dikemas kini supaya anak-anak akan terus berminat untuk meneroka ilmu baru.

Tidak hairanlah jika aplikasi ini menerima pelbagai penghargaan dan menjadi pilihan orang ramai untuk digunakan oleh anak-anak mereka. Jika anda sedang mencari aplikasi pendidikan yang berkualiti, boleh muat turun di Google Play Store atau App Store.

Pro

• Pelbagai program pendidikan yang disediakan.
• Penyampaian konten yang menarik.
• Antara muka yang interaktif.

Cons

• Aplikasi sering tersangkut.
• Pendaftaran akaun yang susah.
• Sebahagian konten yang berulang-ulang.

Harga: Muat turun secara percuma

2. Aplikasi Play and Learn Science

Aplikasi ini pula lebih menfokuskan subjek sains dengan penerangan yang mudah. Anak-anak anda boleh belajar pelbagai ilmu asas sains dan eksperimem dengan animasi untuk gambaran yang lebih jelas.

Fikiran anak-anak anda akan jadi lebih kreatif dengan menyelesaikan masalah permainan yang kompleks. Di samping itu, mereka juga akan timbul sifat ingin tahu yang tinggi yang boleh meningkatkan IQ.

Ilmu sains yang dipelajari melalui aplikasi ini boleh dipakai pada kehidupan seharian. Antara topik saintifik yang disediakan ialah sains dunia, sains fizikal, sains persekitaran dan sains kehidupan. Aplikasi ini turut menyediakan permainan yang boleh dimain bersama ahli keluarga lain secara tidak langsung anda boleh meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak.

Perkara yang unik yang terdapat pada aplikasi ini ialah permainan dwibahasa Spanish. Anak-anak mungkin akan berminat untuk mempelajari bahasa Spanish yang boleh dimanfaatkan pada masa kelak.

Permainan yang disediakan melalui aplikasi ini dapat memberikan pengalaman seperti meneroka di dunia nyata. Siapa sangka mungkin dengan pendedahan terhadap dunia sains di awal usia dapat melahirkan saintis yang hebat di negara kita nanti. Anda boleh memuat turun aplikasi ini di Google Play Store dan App Store.

Pro

• Mudah untuk digunakan.
• Belajar dengan animasi yang menarik.
• Rekaan aplikasi yang berkualiti.

Cons

• Aplikasi tidak boleh dibuka.
• Skrin tersekat.
• Perlu panduan pada sebahagian topik.

Harga: Muat turun secara percuma

3. Aplikasi Duolingo

Pasti anda pernah tonton video di internet kanak-kanak pada usia muda sudah mampu bercakap dalam pelbagai bahasa. Aplikasi Duolingo boleh mengajar anak-anak anda dengan pelbagai bahasa yang disediakan.

Pada hari ini pembelajaran bahasa asing sudah semakin mudah untuk didapati. Aplikasi ini dilengkapi lebih daripada 35 bahasa asing untuk dipelajari. Anak-anak anda boleh belajar dari menulis, bercakap dan mendengar untuk meningkatkan perbendaharaan kata dan tatabahasa.

Selain itu, aplikasi ini juga menawarkan pelbagai visual dan audio bagi memudahkan proses untuk memahami sesuatu perkataan. Terdapat pilihan untuk belajar bahasa dalam spesifik tempoh  bagi mengikut keselesaan pengguna.

Hal ini kerana mempelajari sesuatu bahasa perlu konsisten pada setiap hari walaupun dalam tempoh yang sekejap. Setiap sesi pembelajaran akan direkodkan bagi menjejak tahap kemampuan bahasa tersebut.

Aplikasi ini menyediakan modul pembelajaran dalam bentuk  permainan untuk memberi pengalaman interaksi sewaktu proses pembelajaran. Perkara yang menarik mengenai aplikasi ini adalah direka khas oleh pakar bahasa dengan menggunakan teknik pembelajaran yang senang untuk meningkatkan pemahaman dan ingatan setiap perkataan yang diajar.

Setiap bahasa yang ditawarkan adalah percuma bagi memudahkan pengguna versi percuma untuk mempelajari bahasa yang diminati. Sekarang anda boleh muat turun aplikasi Duolingo di Google Play Store dan App Store.

Pro

• Mudah untuk digunakan.
• Setiap topik dipaparkan dengan jelas.
• Pelbagai tahap disediakan mengikut ketahanan.

Cons

• Tidak boleh mengakses spesifik tajuk.
• Iklan yang panjang.
• Tawaran perbendaharaan kata yang terhad.

Harga: Muat turun secara percuma dan pakej bermula serendah RM29

4. Aplikasi Belajar ABC, Nombor dan Warna

Aplikasi Belajar ABC, Nombor dan Warna merupakan sebuah aplikasi belajar anak dalam bahasa Malaysia yang menawarkan pelbagai topik dan aktiviti yang boleh diterokai oleh anak-anak pra sekolah. Lebih menarik, aplikasi ini ini dibangunkan  sendiri oleh anak tempatan daripada Syumul Studio.

Objektif aplikasi ini disediakan untuk memberi pelajaran asas seperti mengira, mengeja dan mewarna dengan permainan yang mudah difahami. Anak-anak akan lebih tertarik untuk belajar dengan rekaan antara muka yang sangat menawan.

Konten yang ditawarkan pula kelihatan jelas dan kemas supaya anak anda mudah mengikuti proses pembelajaran. Ditambah pula dengan audio yang jelas untuk mengasah sebutan perkataan dengan betul.

Konsep belajar dengan permainan sangat efektif kerana anak-anak akan lebih terhibur dan merasai seperti sedang berkomunikasi antara satu sama lain. Pelbagai modul pelajaran asas yang disediakan untuk mengasah kefahaman dan boleh digunakan apabila sekolah boleh dibuka semula.

Gambar-gambar yang menarik turut disertakan untuk setiap perkataan supaya anak-anak mendapat gambaran lebih jelas sewaktu sedang proses belajar. Aplikasi ini turut disediakan secara percuma tanpa sebarang iklan supaya anak-anak anda boleh menggunakannya tanpa sebarang gangguan.

Pelbagai maklum balas positif yang diberi oleh pengguna sendiri menyatakan anak-anak mereka seawal usia 2 tahun sudah mempunyai pelbagai ilmu asas dengan meneroka permainan yang disediakan. Anda boleh dapatkan aplikasi ini di Google Play Store dan App Store.

Pro

• Konten yang mudah difahami.
• Antara muka yang mesra pengguna.
• Pelbagai topik yang disediakan.

Cons

• Konten percuma yang terhad.
• Pakej yang ditawarkan tidak dikemas kini.

Harga: Muat turun secara percuma dan pakej bermula serendah RM4

5. Aplikasi codeSpark Academy

Jika anak-anak anda cenderung untuk mempelajari ilmu atur cara perisian komputer dengan lebih mendalam, aplikasi ini sememangnya sangat membantu. Aplikasi codeSpark Academy ini menyediakan program pembelajaran perisian atur cara komputer dengan menyediakan modul yang interaktif.

Penyampaian cerita di setiap tugasan yang diberikan serta visual yang cantik dapat meningkatkan minat untuk belajar mengenai setiap fungsi kod perisian yang digunakan. Terdapat pelbagai konten yang menarik yang telah direka untuk memberikan pengalaman yang berbeza setiap kali anak-anak anda mengakses.

Aplikasi ini membenarkan pengguna untuk mencipta permainan sendiri dengan menggunakan alatan yang disediakan. Setiap tugasan mempunyai masalah kompleks tersendiri bagi meningkatkan skill penyelesaian masalah dan kreativiti sewaktu menghadapi sesuatu situasi.

Modul yang disediakan adalah hasil penyelidikan dari kolaborasi di antara universiti tersohor di dunia seperti Princeton University, Tufts Harvey College dan MIT.

Terdapat tutorial asas mengatur cara perisian komputer untuk mencipta projek yang kompleks. Di samping itu, aplikasi ini bakal memberikan ganjaran setiap tugasan yang diselesaikan berdasarkan tahap cabaran tersedia bagi menimbulkan rasa keseronokan semasa proses pembelajaran anak-anak anda.

Anak-anak anda turut boleh memanfaatkan ilmu membuat kod perisian komputer melalui aplikasi ini ke projek perisian komputer yang sebenar. Anda boleh memuat turun aplikasi codeSpark Academy di Google Play Store atau App Store.

Pro

• Konten yang menarik.
• Antara muka yang intuitif.
• Mudah difahami.

Cons

• Aplikasi tersekat.
• Perlu melanggan untuk mendapat akses penuh.
• Perlu sambungan internet.

Harga: Muat turun secara percuma dan langganan pakej bermula serendah RM37

Pada hari ini aplikasi belajar anak pra-sekolah didapati lebih mudah untuk didapatkan sekaligus dapat mencungkil bakat terpendam serta mengukuhkan lagi ilmu asas pendidikan awal. Usaha yang dibuat oleh pihak pembangun aplikasi telah memudahkan lagi ibu bapa untuk meneroka lebih banyak topik yang menarik bagi menyediakan konten yang bermanfaat untuk anak-anak mereka.

Sumber: vocket.tech

TAG