BPR Tambahan: Tarikh Bayaran & Jumlah Kategori Bujang, Berkahwin

BAYARAN BPR TAMBAHAN YANG DIUMUMKAN MELALUI PAKEJ PEMERKASA+

Melalui Pakej Bantuan PEMERKASA+ 3.0 yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 31 Mei 2021, telah diumumkan beberapa bantuan untuk membantu kelangsungan hidup rakyat dalam pelaksanaan PKP Penuh mulai 1 Jun 2021.

Antara yang diumumkan adalah bantuan tambahan BPR 2021 kepada penerima sedia ada.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Bantuan Tambahan BPR 2021 seperti di bawah:

Apakah BPR Tambahan?

Kerajaan mengumumkan pakej stimulus PEMERKASA PLUS bernilai RM40 bilion bagi rangsang ekonomi & bantu rakyat hadapi PKP 3.0.

RM2.1 bilion diperuntuk bagi tambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Ia adalah bagi memastikan rakyat yang terjejas dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh pandemik ini.

Jumlah Bayaran BPR Tambahan 2021

Jumlah bayaran yang diumumkan adalah seperti berikut:

• Tambahan RM500 : Isi rumah bawah RM2500
• Tambahan RM300 : Isi Rumah Bawah RM5000
• Tambahan RM100 : Bujang

Untuk makluman juga, bayaran ini merupakan tambahan sebanyak RM2.4 bilion kepada fasa bayaran terakhir BPR Fasa 3 pada bulan September nanti.

Tarikh Bayaran

Menurut Perdana Menteri, bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun 2021 ini.

Bayaran ini adalah bayaran tambahan daripada keseluruhan bayaran berfasa yang masih berlangsung.

Cara Permohonan / Semakan

Penerima BPR tidak perlu membuat permohonan kerana ia akan disemak silang daripada data sedia ada.

Tarikh membuat semakan status akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan info terkini melalui laman web Bantuan Prihatin Rakyat di pautan https://bpr.hasil.gov.my/

ATAU

Rujuk FAQ di bawah ini:

Rujuk intipati Perutusan Perdana Menteri dan Pakej Bantuan Stimulus PEMERKASA PLUS : PEMERKASA PLUS: Senarai Bantuan Penuh & Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri

• Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);

• MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);


TAG