Cara Mohon Bantuan JKM Bagi OKU RM300, RM450, RM500 Dan RM2,700

Seperti yang kita tahu, terdapat banyak bantuan yang disalurkan oleh pelbagai pihak untuk memudahkan urus rakyat ketika pandemik Covid-19 ini. Kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) atau penjaga kepada individu OKU, sekiranya layak, anda boleh buat permohonan bantuan OKU pada tahun 2021 melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau melalui laman web rasmi JKM.

Senarai Bantuan OKU Daripada JKM

Terdapat 5 jenis bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang boleh dimohon oleh mereka yang layak iaitu:

• Elaun Pekerja Cacat
• Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
• Bantuan Penjagaan OKU Telantar / Pesakit Kronik Telantar
• Bantuan Alat tiruan / Alat Sokongan (BAT)
• Geran Pelancaran (GP)

1. Elaun Pekerja Cacat

Kadar: RM450 sebulan seorang.


Tujuan:

Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Kriteria Kelayakkan Lulus

• Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia
• Berumur 16 tahun dan ke atas
• Pemegang kad OKU JKM
• Pendapatan bulanan RM 1,200.00 dan ke bawah; ATAU mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

2. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja

Kadar: RM300 seorang sebulan.

Tujuan:

• Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja.
• Mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.

Kriteria Kelayakan Khusus

• Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
• Berumur 16 tahun dan ke atas;
• Pemegang Kad OKU JKM;
• Tidak berupaya bekerja.

• Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
• Institusi kendalian JKM; atau
• Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
• Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
• Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa. ATAU
• Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain

3. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar

Kadar: RM500 sebulan seorang.

Tujuan :

• Meringankan bebanan keluarga/ penjaga
• Menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.

Kriteria Kelayakan Khusus

• Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
• Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
• Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000; ATAU
• Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

4. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)

Kadar: Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.

Syarat Kelayakan

• Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
• Kumpulan sasar JKM;
• Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
• Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan; ATAU
• Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.

Jenis Peralatan Tiruan / Alat Sokongan

• Anggota Palsu
• Kerusi Roda
• Alat Bantu Pendengaran
• Alat-alat Keperluan Lain
• Penggantian / Baik Pulih Alat
• Jenis Peralatan yang berkaitan

5. Geran Pelancaran (GP)

Kadar: Maksimum RM2,700 sekaligus.

Tujuan :

• Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
• Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Kriteria Kelayakan Khusus

• Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
• Kumpulan sasar JKM;
• Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
• Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Persediaan Sebelum Permohonan Bantuan OKU JKM

Kepada yang layak, anda dikehendaki untuk daftar terlebih dahulu di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk pengesahan status anda dan mendapatkan kad OKU. Berikut adalah cara untuk mohon bantuan OKU:

Permohonan Bantuan OKU JKM Melalui Borang

1. Layari laman web http://www.jkm.gov.my/.

2. Klik Perkhidmatan.

3. Kemudian Klik Skim Bantuan Kebajikan.

4. Pada bahagian cara Permohonan di bawah sekali, borang JKM18 (Borang Permohonan Bantuan) dipaparkan.

5. Sila muat turun Borang Permohonan Bantuan

6. Sila lengkapkan borang permohonan dengan betul dan tepat.

7. Sila bawa senarai semak bersama borang permohonan

8. Kemudian sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian berdekatan dengan anda.

Permohonan Bantuan OKU JKM Online


2. Klik Daftar Permohonan Atas Talian.

3. Laman yang terpapar tertera dokumen-dokumen berikut diperlukan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah.

4. Dokumen-dokumen tersebut perlu dihantar dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat online.

5. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

6. Antara dokumen yang diperlukan:

• Salinan MyKad/ Kad Pengenalan pemohon
• Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga pemohon yang tinggal bersama
• Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
• Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
• Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU
• Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta

7. Klik Daftar Permohonan untuk memulakan pendaftaran bantuan anda.

8. Pilih Negeri.

9. Masukkan MyKad anda pada ruangan No. Kad Pengenalan Baru.

10. Klik Daftar.

11. Sila lengkapkan permohonan anda dengan betul dan tepat.

12. Sila bawa senarai semak bersama borang permohonan

13. Sila Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian berdekatan dengan anda.

Dapatkan Maklumat Lebih Lanjut Melalui JKM

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian

Alamat: Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

No. Tel: 03 – 8000 8000


TAG