GKP 4.0 : Bantuan RM1000 Untuk PKS, Bayaran Pada September & November

Permohonan Baharu GKP 4.0 Dibuka Mulai Julai 2021

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman khas mengenai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) pada 5 petang ini.


Semalam, PM Muhyiddin pada satu sidang media berkata pakej bantuan ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak Covid-19 secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.

Pakej Bantuan terkini ini dinamakan sebagai PEMULIH.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang bantuan GKP 4.0 yang diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Sidang Media Khas tersebut.

Permohonan Baharu GKP 4.0 Dibuka Mulai Julai 2021

Bagi membantu kelangsungan PKS, Kerajaan akan terus menyalurkan bantuan bagi membantu perniagaan yang terjejas.

Bantuan Geran Khas Prihatin akan diteruskan dengan GKP 4.0.

Jumlah Bayaran Tambahan GKP 4.0 adalah seperti berikut:

• RM 500 – Dibayar pada September 2021
• RM 500 – Dibayar pada November 2021

Permohonan baharu GKP 4.0 akan dibuka mulai pertengahan Julai 2021 ini.

Baca juga: PEMULIH: Bantuan Kewangan Khas COVID19 RM500 (BKC)

Info lanjut menyusul.


TAG