i-Citra KWSP: Syarat & Cara Permohonan Mulai 12 Julai – 30 September 2021

Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50 kini diperkenalkan oleh KWSP melalui inisiatif terbaharu, i-Citra di bawah Pakej PEMULIH yang diumumkan Perdana Menteri.


Lebih kurang jam 11.30 malam tadi, laman web rasmi i-Citra telahpun diaktifkan.

Berikut kami kongsikan maklumat lanjut tentang i-Citra KWSP untuk makluman bersama.

Apakah i-Citra KWSP?

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Syarat Kelayakan Memohon

1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan

*Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.


Amaun Pengeluaran Yang Layak Dikeluarkan

1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
3. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
4. Bayaran minimum adalah RM50
5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

NOTA:

Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)

Cara Semakan Baki KWSP

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:

1. i-Akaun (Ahli)
2. Aplikasi mudah alih i-Akaun
3. Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

Cara Permohonan

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal👉 icitra.kwsp.gov.my. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 12 Julai 2021.

Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Tarikh Bayaran Diterima

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

Maklumat Lanjut

1. Laman web rasmi KWSP di pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra
2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
3. Media sosial rasmi KWSP
4. Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848


Sumber: harianpost.my / KWSP

TAG