PEMULIH: Bantuan Kewangan Khas COVID19 RM500 (BKC)

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman khas mengenai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) pada 5 petang ini.


Semalam, PM Muhyiddin pada satu sidang media berkata pakej bantuan ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak Covid-19 secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.

Pakej Bantuan terkini ini dinamakan sebagai PEMULIH.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang bantuan yang diumumkan oleh Perdana menteri melalui Sidang Media Khas tersebut.

Bagi membantu kelangsungan hidup, 3 jenis bantuan tunai akan diberikan kepada rakyat iaitu

i) Bantuan Tunai BKC (Bantuan Khas COVID-19)

Miskin Tegar

RM1,300 (Isi Rumah)

RM500 (Bujang)

B40

RM800 (Isi Rumah)

RM200(Bujang)

M40

RM250 (Isi Rumah)

RM100 (Bujang)

ii) Bantuan Hilang Pekerjaan RM500

Bantuan Hilang Pekerjaan bernilai RM500 akan diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan.

iii) Bayaran BPR

BPR Tambahan dibayar mulai esok, 29 Jun 2021 manakala BPR Fasa Ketiga akan dibayar September 2021.

Info lanjut menyusul.



TAG