PEMULIH : Bantuan RM500 Selama 3 Bulan Untuk OKU

PEMULIH : BANTUAN KHAS OKU RM500 YANG HILANG PEKERJAAN / TIADA KERJA

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberikan bantuan kewangan RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan, bagi membantu golongan kurang upaya yang kehilangan pekerjaan atau ketiadaan kerja, serta bukan dalam kalangan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat sedia ada.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berkata, inisiatif itu akan memanfaatkan seramai 20,000 individu Orang Kurang Upaya (OKU) dengan jumlah peruntukan RM30 juta.


Selain bantuan RM500 ini, Kerajaan juga akan melaksanakan Program Jaringan Inisiatif Umum atau JITU, bagi tujuan menyediakan bantuan asas modal perniagaan dan membimbing golongan OKU dan gelandangan dalam perniagaan.

Bagi tujuan itu Muhyiddin berkata, sejumlah RM20 juta diperuntukkan dan dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 40,000 individu.

Sumber: Bernama, harianpost.my

TAG