PEMULIH: Intipati Senarai Bantuan Yang Diumum Untuk B40, M40, & T20

INTIPATI PAKEJ BANTUAN PEMULIH

PM Muhyiddin umum Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada hari ini melalui Sidang Media Khas 28 Jun 2021.


Melalui siaran langsung tersebut, terdapat pelbagai jenis bantuan dan insentif yang lebih menyeluruh diberikan untuk rakyat meliputi semua golongan rakyat Malaysia.

Menurut beliau, Kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal memelihara kebajikan rakyat dan memerangi COVID-19.

Berikut disenaraikan intipati daripada Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH):

Intipati Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)

PEMULIH berjumlah RM150 bilion merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan RM10 bilion.

Bantuan Kewangan

• Bantuan Kewangan Khas COVID19 – untuk golongan miskin tegar, B40 dan M40.
• Bantuan Kehilangan Pendapatan RM500 – akan disalur pada Oktober kepada pekerja yang hilang pendapatan.


PERKESO

• Elaun Mencari Pekerjaan – Akan diperluaskan kepada bukan pencarum Perkeso, graduan baharu, lepasan sekolah, pekerja sektor tak formal.
• RM3.8 bilion laksana Program Subsidi Upah 4.0 bantu majikan kekalkan pekerja.
• Tiada lagi syarat had gaji ditetapkan dalam pelaksanaan PSU 4.0.

Penjana Kerjaya 3.0

• Kerajaan setuju PenjanaKerjaya dilanjut dengan penambahbaikan dan dijenama sebagai PenjanaKerjaya 3.0.
• RM170 juta telah disalurkan melalui PenjanaKerjaya PERKESO yang manfaatkan 10,600 majikan dan 75,800 pekerja.

Diskaun Bil Elektrik

• Diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus bagi tempoh tiga bulan mulai bil Julai ini.

Bantuan Internet

• Lanjutan pemberian satu gigabit data harian secara percuma sehingga 31 Dis 2021 dengan anggaran nilai RM500 juta, manfaatkan 44 juta pelanggan

Bakul Makanan

• RM300,000 disalurkan kepada setiap Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang untuk Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas.

• RM10 juta untuk laksana Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli.

Harga Minyak

• Kerajaan terus kekal harga runcit petrol RON95, diesel dan LPG yang dijangka babit subsidi lebih RM6 bilion tahun ini
• Kerajaan laksana Harga Kawalan berasas nilai ambang Crude Palm Oil bagi tangani kenaikan harga minyak masak botol 1kg-5kg

Bantuan Penggiat Seni & Industri Kreatif / Sukan

• RM100 juta pembiayaan, sokongan bantuan kewangan bantu lebih lapan ribu penggiat seni, industri seni dan kreatif tempatan.
• Bantuan one-off RM3,000 kepada pengusaha industri sukan dan operator arena sukan.

Bantuan Pengusaha Kantin Sekolah

• Kerajaan setuju beri bantuan kewangan RM1,000 kepada semua pengusaha kantin sekolah berdaftar

Bantuan PKS / PUPUK

• Kerajaan telah bangunkan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) sebagai inisiatif menyeluruh dan bersetuju peruntukkan RM200 juta untuk PMKS dan RM100 juta untuk PKS.
• BNM bersetuju menambah RM2 bilion lagi untuk akses bantuan kewangan kepada usahawan PKS.
• Geran Khas Prihatin 4.0 diteruskan dan dibuka untuk permohonan baharu mulai pertengahan Julai 2021.


Bantuan Industri Pelancongan

• Bantuan ‘one-off’ RM3,000 buat lebih 5,300 agensi pelancongan berdaftar sebagai pendorong atau ‘kick start’ apabila negara beralih ke fasa ketiga PPN.
• Ansuran cukai bulanan,pengecualian cukai pelancongan dan perkhidmatan ditangguh untuk pengendali hotel hinggga akhir tahun.

Bantuan OKU

• Program Jaringan Inisiatif Umum dilaksana beri bantuan asas modal perniagaan kepada golongan OKU serta gelandangan
• Elaun Pekerja Cacat RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan, babit RM30 juta ringgit untuk 20 ribu orang OKU

Bantuan Khas Taska

• Bantuan Khas Taska RM3,000 kepada pengusaha taska seliaan KPWKM serta tadika swasta di bawah KPM

Moratorium Automatik

• Moratorium enam bulan tanpa syarat akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20 dan usahawan mikro.
• Pinjaman Pelajaran Mara ditangguhkan bagi tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan.
• Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) ditangguhkan selama tiga bulan


i-Citra KWSP

• KWSP perkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra, membolehkan ahlinya buat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh 5 bulan


Ringkasan Infografik

Ringkasan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi ( PEMULIH ) oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin secara infografik boleh dirujuk melalui Facebook MKN di pautan berikut:



TAG