PEMULIH: Moratorium Automatik Tanpa Syarat Untuk B40, M40 & T20

MORATORIUM automatik selama 6 bulan bermula Julai telah diumumkan oleh Perdana Menteri untuk semua peminjam Individu B40, M40 & T20 di bawah Pakej Bantuan PEMULIH hari ini.


Moratorium 6 bulan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

Menurut Perdana Menteri, tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

Sebaliknya, para peminjam cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik.

Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

“Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan,” tambah beliau.

Tarikh Permohonan Moratorium Automatik Dibuka Mulai 7 Julai 2021

Permohonan moratorium automatik ini akan dibuka pada 7 Julai 2021.

Sila rujuk kepada bank masing-masing untuk membuat permohonan ini.

Baca juga:





TAG