Permohonan Moratorium Bank Rakyat PKP 3.0 (Mulai 1 Jun 2021)

Selaras dengan pengumuman berkenaan Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar (Targeted Payment Assistance) oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 31 Mei 2021, Bank Rakyat menawarkan Bantuan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman / Moratorium bermula 1 Jun 2021 kepada golongan yang terjejas pendapatan akibat pelaksanaan PKP 3.0.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang syarat kelayakan, cara membuat permohonan.

Syarat Kelayakan Moratorium Bank Rakyat PKP 3.0

Bantuan ini ditawarkan kepada pelanggan daripada kategori B40, Mikro-i dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menghadapi kesukaran meneruskan pembayaran pembiayaan mereka berikutan penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, pelanggan selain daripada kategori tersebut yang terjejas pendapatan akibat pandemik ini juga boleh memohon bantuan ini.

4 KATEGORI PEMOHON MORATORIUM BANK RAKYAT PKP 3.0

1. BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR UNTUK PROGRAM BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR PELANGGAN B40

2. BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR UNTUK BANTUAN BAYARAN BERSASAR PEMBIAYAAN MIKRO-i

3. BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR UNTUK BANTUAN BAYARAN BERSASAR PEMBIAYAAN KEPADA PELANGGAN TERJEJAS SELAIN DARIPADA PELANGGAN B40 DAN MIKRO-i (M40 DAN T20)

4. BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR UNTUK BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR KEPADA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

Bentuk Bantuan yang boleh dipilih adalah:

• Pilihan 1 – Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan (moratorium).

• Pilihan 2 – Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.


Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan, pelanggan boleh menghubungi Bank Rakyat menerusi 4 cara berikut:

1. Mengisi borang permohonan online: *Borang Permohonan : https://cv19-support.bankrakyat.com.my/

2. Menghantar e-mel kepada bankrakyatrnr@bankrakyat.com.my

3. Menghubungi Pusat Panggilan di talian 1300800800.

4. Mengunjungi Cawangan atau Susulan Berpusat Wilayah (SBW) yang berdekatan.

Dokumen Yang Diperlukan

Permohonan anda juga perlu disertakan dengan dokumen berikut:

1. Bukti anda adalah tersenarai sebagai B40 (cetakan skrin portal semakan BPN); atau

2. Permohonan lanjutan moratorium 3 bulan:

i) Salinan kad pengenalan; dan

ii) Surat diberhentikan kerja; atau

iii) Surat dikenakan cuti tanpa gaji

3. Permohonan pengurangan 50% ansuran:

i) Salinan kad pengenalan; dan

ii) Salinan penyata gaji terkini dan salinan penyata gaji sebelum pengurangan gaji; dan/atau

iii) Salinan penyata bank sebelum dan selepas pendapatan terjejas; atau

iv) Salinan surat diberhentikan kerja atau bukti pengurangan pendapatan pasangan (jika pasangan yang terjejas).

Semakan Kelulusan

Sila tunggu makluman status kelulusan melalui SMS jika telah berjaya menghantar permohonan yang dibuka selepas 1 Jun 2021.

Pihak bank memerlukan sedikit masa untuk memproses permohonan.

Contoh mesej SMS kelulusan moratorium yang akan diterima:

RM0 BANKRAKYAT: Moratorium 3 bulan anda telah diluluskan bermula Jun 2021. Info lanjut, hubungi 1300800800

RM0 BANKRAKYAT: Pengurangan 50% ansuran pembiayaan untuk 6 bulan anda telah diluluskan bermula Jun 2021. Info lanjut, hubungi 1300800800


Maklumat Lanjut Moratorium Bank Rakyat 3.0

Sila layari laman web Bank Rakyat untuk maklumat lanjut atau klik pada pautan berikut:

• Soalan-soalan Lazim : https://www.bankrakyat.com.my/index.php


• Sila hubungi tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454 untuk semakan lanjut.


TAG