Anak Ingin Mainan Namun Tak Mampu, Ibu Masuk Hutan Kayu Bakau Cari Barang Terpakai

Seorang ibu sanggup melakukan apa saja untuk anaknya dari melahirkan sampai bila-bila. Perkara ini membuktikan kasih sayang wanita yang bergelar ibu tidak ada pengakhirannya. Seperti perkongsian seorang wanita bagaimana dia bahagiakan anaknya dengan caranya sendiri walaupun perkara kecil.
Cerita hari ini anak nak sangat ada mainan, kerana PKP so, sis cari jak dekat-dekat rumah
Melihat dari perkongsian video TikTok yang dikongsi oleh akaun @YoonaChiee,  yang menunjukkan bagaimana dia sanggup membongkok untuk mencari barangan terpakai di kawasan paya bakau. Walaupun hasil cariannya tidak lah semewah mainan budak lain, namun masih boleh digunakan oleh anaknya yang dikatakan teringin bermain 'masak-masak' di rumah. Dapat dilihat hasil pencariannya penuh bakul dengan pelbagai barang.
Maaf anak mama, nanti lepas PKP mama belikan mainan baru ye
Sampai di rumah wanita berkenaan terus mencuci barang berkenaan. Bagi memastikan kebersihan barang-barang itu, ibu tersebut menyiram dengan air panas dan mencuci guna sabun agar tiada kuman dekat mainan tersebut dan selamat apabila anaknya menggunakannya.
@yoonachiee

💕cerita hari nie mama&anak#fypシ#fypdong #fypシ゚viral #kitaupsamasama #sabahancrew_fams

♬ suara asli - lookatmee

Menitis air mata... Bila tengok anak tu kucup sis, nampak dia sangat sayangkan maknya

Melihat ke ruangan komen, ramai netizen berkongsi rasa sedih dengan pengorbanan ibu tersebut demi anak tersayangnya. Walaupun kehidupan mereka serba kekurangan, namun dia masih dapat meluangkan masa melayan karenah anaknya.





Sumber: Erin Sakura



 

TAG