Ibu Meninggal Disebabkan Covid-19, Pemuda Meraung-raung Di Tangga Jerit "Mak Mak Mak"

Tidak terjangka, kehilangan orang yand di sayang dalam sekelip mata di waktu pandemik Covid-19Covid-19 telah meninggalkan kesan kepada ramai orang. Apa yang lagi menyedihkan apabila mereka langsung tidak dapat melihat dan menyentuh buat kali terakhir kerana arahan larangan contact secara terus dengan jasad orang yang tersayang. Hal ini juga terjadi kepada pemuda ini.
Apabila seseorang telah pergi buat selamanya, namun tiada sentuhan terakhir
Melihat kepada perkongsian Fhairulfizzy13 yang Viral di TikTok. Dia berkongsi saat dia menerima panggilan telefon yang menyatakan bahawa ibunya telah pergi buat selamanya. Pada waktu itu, dia yang sedang duduk di depan tangga rumah, menangis berjuraian kerana tidak dapat menahan sebak kerana berita yang di terimanya itu.
Tak dapat kucup dahi buat kali terakhir... Tak dapat nak dakap
Bukan itu sahaja, dia seolah-olah tidak dapat menerima pemergian ibunya apabila di lihat dia meronta-ronta memanggil ibunya. Tanpa memedulikan keadaan di sekelilingnya, Fhairul terus melepaskan telefon di tangan dan menangis sepuasnya di tangga. Terlihat wajah yang sayu ibarat memperlihat kepada dunia bahawa dunianya sudah terhenti.

@fhairulfizzy13

apabila seseorang pesakit covid 19 meninggal dunia tiada sentuhan kali terakhir yg dibenarkan,tidak dapat mencium dahi buat kali terakhir,xdpat peluk

♬ bunyi asal - So7ea💕 - Sofea

Kehilangan ibu menyebabkan hilang sinar kebahagiaan di dalam sebuah keluarga

Melihat ke ruangan komen, ramai netizen terkesan dan sebak melihat video kehilangan orang yang tersayang. Dalam masa yang sama, mereka juga turut berkongsi detikdetik sedih pemergian orang tersayang mereka di sebabkan Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia.





Sumber: Erin Sakura


 

TAG