Kotakan janji, Carl Samsudin tampil bersemuka minta maaf dengan Pakcik Hadi

Video seorang usahawan dan juga influencer, Carl Samsudin yang didakwa meninggikan suara kepada seorang lelaki warga emas telah tular sejak semalam.
Selepas teruk dihentam di media sosial, usahawan tersebut telah tampil di Instagramnya dengan membuat permohonan maaf pada awal pagi tadi dengan mengakui kesilapannya.
Minta maaf di IG
Dia juga memaklumkan salah faham yang berlaku dan berjanji akan segera bertemu dengan pakcik tersebut bagi meminta maaf diatas tindakan tular berkenaan.

Terus tampil bersemuka

Bagi menepati janji yang telah dibuat, Carl Samsudin memuat naik gambar dan video pertemuan dengan warga emas terbabit yang dikenali sebagai Pakcik Hadi di IG story.

Dia menulis kapsyen ringkas dengan meminta maaf kepada pakcik Hadi sambil gambarnya duduk mencangkung memandang warga emas berkenaan.

Selain itu, Carl Samsudin turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi yang sama-sama ada di dalam pertemuan tersebut.


Terdahulu, video yang menunjukkan Carl memanggil pakcik tersebut ke hadapan dan bercakap kuat menggunakan mikrofon telah mengundang rasa bengang netizen.

 Mana tidaknya, tindakan usahawan tersebut membuatkan warga emas terbabit seakan tidak berkutik dan hanya memegang meja apabila ditanyakan perihal masa mudanya dahulu.

Walau bagaimanapun, suami kepada pengasas butik wanita terkenal itu telah menjelaskan hal tersebut di Instagramnya dan membuat permohonan maaf kepada semua pihak yang terasa dengan tindakannya itu





Sumber: Ohmymedia



TAG