iSejahtera: Program Penghargaan Warga Emas RM150 Setahun

iSejahtera: PROGRAM SUMBANGAN PENGHARGAAN WARGA EMAS RM150 SETAHUN

Program Penghargaan Warga Emas, sumbangan wang sebanyak RM150 setahun sekali diberikan dan bagi warga emas yang meninggal dunia, sumbangan RM1000 secara one-off diberikan kepada waris warga emas.

Apakah iSejahtera?

iSejahtera Pulau Pinang adalah sebuah portal bantuan yang diberikan berbentuk kewangan mengikut jenis program yang dipohon.

Bagi Program Penghargaan Warga Emas, sumbangan wang sebanyak RM150 setahun sekali diberikan dan bagi warga emas yang meninggal dunia, sumbangan RM1000 secara one-off diberikan kepada waris warga emas.

Selain Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan Ibu Tunggal dan Ibu Emas sumbangan wang sebanyak RM100 setahun sekali diberikan manakala sumbangan OKU dinaikkan dari RM100 ke RM150 setahun sekali.

Sekiranya Ibu Tunggal atau OKU meninggal dunia, sumbangan wang sebanyak RM1000 secara one-off diberikan kepada waris Ibu Tunggal & OKU.

Bagi Program Anak Emas, setiap bayi yang didaftarkan dalam program ini akan menerima sumbangan RM200 sekali sahaja (one-off).

Syarat Permohonan Program Penghargaan Warga Emas

1. Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas semasa mendaftar.

2. Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.

Cara Pendaftaran Bantuan iSejahtera Warga Emas

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR dan kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.

Bagi permohonan secara online, hanya Program Anak Emas, Warga Emas, Ibu Emas dan Ibu Tunggal sahaja boleh dilakukan.

Dokumen Yang Diperlukan

1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.

2. Salinan Kad Pengenalan Waris.

3. Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon.

4. Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). 


Semakan Pendaftaran

Status Pendaftaran boleh disemak samada melalui sistem iSejahtera atau dengan menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699/5700 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing. Kemudahan semakan status pendaftaran menerusi perkhidmatan SMS turut disediakan (buat masa ini terhad kepada Program Penghargaan Warga Emas sahaja).


Tarikh Bayaran

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://isejahtera.penang.gov.my/ atau hubungi Pejabat Daerah dalam senarai berikut:

Daerah : DAERAH TIMUR LAUT
- Pegawai : ENCIK AHMAD KHAIRANI
- Alamat : PEJABAT DAERAH DAN TANAH TIMUR LAUT PULAU PINANG TINGKAT 50 & 51 KOMTAR, 10000 PULAU PINANG
- No. Telefon : 04-650 5538
- Emel : pdtdtl.isejahtera@gmail.com

Daerah : DAERAH BARAT DAYA
- Pegawai : ENCIK KHAIRUL AZUAR/ ENCIK SYED ALI
- Alamat : PEJABAT DAERAH DAN TANAH DAERAH BARAT DAYA 11000 BALIK PULAU PULAU PINANG
- No. Telefon : 04-868 9414 / 04-868 9421
- Emel : pdtdbd.isejahtera@gmail.com

Daerah : SEBERANG PERAI UTARA
- Pegawai : ENCIK BASRI / ENCIK SHAHRUNNIZAR
- Alamat : PEJABAT DAERAH DAN TANAH, SEBERANG PERAI UTARA, BERTAM, 13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG.
- No. Telefon : 04-577 6571 / 04-577 65712
- Emel : pdtspu.isejahtera@gmail.com

Daerah : SEBERANG PERAI TENGAH
- Pegawai : ENCIK ILYAS / PUAN KHAIRIYAH
- Alamat : PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI TENGAH JALAN BETEK, SUNGAI RAMBAI 14000 BUKIT MERTAJAM
- No. Telefon : 04-548 8888 / 04-548 8861
- Emel : pdtspt.isejahtera@gmail.com

Daerah : SEBERANG PERAI SELATAN
- Pegawai : PUAN SURIATI
- Alamat : PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI SELATAN, 14200 SUNGAI JAWI, PULAU PINANG
- No. Telefon : 04-585 7872
- Emel : pdtsps.isejahtera@gmail.com


TAG