3 Petang Dah Bunyi 'Memekak' Kacau Pengantin, Dapat Hadiah Khawin Jam Loceng

Dari dahulu lagi telah menjadi trend member bagi hadiah yang paling unik pada hari bahagia, ramai orang memberikan hadiah untuk di jadikan bahan lawak lebih-lebih lagi kepada rakan baik mereka. Bagi mereka yang telah mendirikan rumah tangga, pasti ada yang menerima satu atau dua hadiah yang pelik untuk mengusik mereka dari rakan-rakan mereka yang lain. 
Siapalah bagi hadiah ni, nak set 3 pagi rasanya... Tapi 3 petang dia bunyi 
Situasi ini telah di kongsi oleh pasangan pengantin pada hari persandingan mereka di malam hari semasa mereka membuka hadiah perkhawinan mereka dari tetamu mereka tanpa nama. Dalam keadaan mereka yang masih memakai persalinan raja sehari mereka, hadiah tersebut terpaksa di buka dengan segera pada jam 3 petang kerana bunyi jam yang berada dalam bungkusan tersebut telah memecahkan suasana. 
Dah buka ni ada plastik hitam pula... Sabar jelah kawan-kawan punya pasal 
Proses membukanya mengambil masa yang sangat lama kerana ia di bungkus menggunakan dua lapisan. Selepas sahaja bungkusan berjaya di buka, pasangan tersebut berasa terkejut kerana bukan sahaja jam loceng yang berada dalam bungkusan tersebut, tetapi ada juga barangan lain seperti sepasang kasut baby.

@emy_basri19

Hahaha..serius ah..Sapo ponah kono mcm ni..?😂😂😂

♬ original sound - Emy_basri

Tengok video ini tiba-tiba dapat idea untuk majlis member bulan depan 

Melihat si ruangan komen, ramai netizen yang berkongsi pengalaman mereka menerima barangan yang mereka tidak duga. Bukan itu sahaja, mereka juga mengakui bahawa video tersebut memberikan mereka idea menarik untuk memberikan hadiah kepada kepada rakan mereka yang akan berkhawin. 

 




Sumber: Erin Sakura

TAG