5 Remaja Maut Di Racun Dengan Hand Sanitizer, Niat Cuma Nak Kenakan Kawan

Lumrah yang bernama kawan akan bergurau senda. Namun begitu, qda juga yang tidak dapat membezakan gurau senda atau benda yang membawa kemudaratan apabila mereka melampaui batas dalam bergurau. 
Kecoh 5 orang rakan yang temui ajal lepas mengambil minuman keras dalam satu parti
Sama seperti situasi yang berlaku di negara jiran sehingga viral. Merujuk Portal Tribunnews, satu kejadian yang berlaku di daerah Kalimantan iaitu 5 orang remaja lelaki maut selepas mengambil minuman keras yang di gelar 'Miras Oplosan' dalam satu parti. 
Rupa-rupanya dah minum racun bancuhan ada cecair hand sanitizer
Seorang daripada mereka telah menemui ajal di tempat kejadian, manakala 4 lagi temui ajal ketika di kejarkan ke pusat perubatan. Setelah siasatan dilakukan, di dapati mereka semua telah meminum racun dengan cecair yang mengandungi hand sanitizer yang di hidang kan kepada mereka. 
Salah seorang buat sebab nak balas balik tindakan... Rakan selalu minta duit
Penganiayaan itu telah di lakukan sendiri oleh rakan mereka yang berniat ingin membalas dendam kesumat. Namun begitu, dia menyangka kesannya hanya rasa tidak selesa pada perut, dan tidak sejauh itu. Dia juga menyatakan bahawa rakan-rakannya itu sering meminta duit selama hampir 5 bulan atau dia akan di pulaukan. 



Sumber: Kisah Dunia
TAG