Anak gembira, ibu usia 59 tahun bertemu jodoh dengan pemuda 22 tahun

Jodoh itu merupakan rahsia Tuhan. Bila sudah tiba waktunya, akan hadir sendiri seorang insan yang kerap kali kita doa kehadirannya.

Cepat atau lambat juga bukanlah urusan kita sebagai hambaNya. Oleh itu, tiada siapa dapat mempertikaikan jodoh seseorang jika sudah termaktub sejak azali lagi.
Suami 22 tahun, isteri 59 tahun
Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @ecacuwitcawer apabila memuat naik kisah ibu dan bapa tirinya yang berbeza usia 37 tahun sewaktu melangsungkan perkahwinan.

Menurut gadis tersebut, bapa tirinya berusia 22 tahun sewaktu bernikah dengan ibunya yang ketika itu sudah berumur 59 tahun.

@ecacuwitcawer

umur bukan penghalang jika Allah dah takdirkan itu bahagian kita ☺️ moga mama & abie bahagia selalu. #fyp #pengantinpkp #umurbukanpenghalang

♬ MUHASABAH CINTA part2 - ๐‘ฏ๐’†๐’“๐’Ž๐’‚๐’˜๐’‚๐’

Gadis berkenaan telah memuat naik momen sewaktu ibunya bernikah dan sempat mengucapkan selamat pengantin baru buat ibu dan pemuda yang dipanggil Abie. Dia juga mendoakan agar hubungan perkahwinan mereka kekal hingga ke Jannah.

Semoga berkekalan hingga ke Jannah

 Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen berhubung perkahwinan berkenaan.

Namun begitu, ada diantara mereka yang turut sama berkongsi kisah serupa apabila bersuamikan lelaki yang lebih muda dan ia bukanlah satu masalah andai masing-masing tahu tentang tanggungjawab.

Ramai yang ada kisah serupa

Lagi jauh beza dari DSV & Iqbal

Mngkin jodoh aku tengah sekolah

Yang penting pasangan bahagia

Erti jodoh yang sebenar

Tak semua kahwin sebab duit






Sumber: Ohmymedia

TAG